Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 31 July 2011

YANG TELUS ITU TRANSPARENT

Aku sehelai baju kebaya sering dipakai oleh wanita setiap masa,penuh bergaya dan memukau setiap mata sehingga ada yang hampir buta,ada yang mula bercerita,malah ramai yang mengata,bertaya itu isteri siapa,siapa laki dia sampai tergamak berpakaian sedemikian rupa...tapi
aku tak bersalah,aku tak akan masuk ke neraka kerana aku ini ciptaan manusia,yang nyata yang memakai aku ini masuk neraka...

Semua manusia sibuk bercakap soal telus dan transparent tapi rasanya sama cuma berbeda pada ejaan dan sebutan.Kita sememangnya mahu pada ketelusan,dalam soal undang-undang,dalam soal politik tapi katakan tak nak pada soal berpakaian kerana pada zahirnya nampak saja berpakaian tapi hakikatyna telanjang.Antara sedar atau tidak atau sememangnya jahil bab-bab agama tapi kena la belajar takkan diam begitu saja.

Umat islam hari kurang peka dalam soal aurat, mereka berbangga kerana mampu mendedahkan aurat,mereka bangga menjadi tatapan bagi setiap mata yang memandang,tapi mereka lupa,mereka turut mengheret orang lain membuat dosa.

Maksudnya:
Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Surah An Nur Ayat 31)


Suka tak kalau ini isteri kita yang menjadi tatapan mata-mata yang penuh nafsu yang akhirnya kita jua yang menanggung dosanya..cukuplah setakat dosa yang ada pada kita yang tak terhitung..
Manja dan menggoda
Ramai yang berkata kenapa lelaki suka menyalahkan wanita dalam soal ini,ini bukan persoalan atau ingin mencari kesalahan wanita,tapi wanita kena tahu sempadan aurat yang dibenarkan untuk perempuan,jangan hanya tahu mengata kenapa lelaki boleh mendedahkan tubuh.Aurat bagi lelaki adalah antara pusat hingga ke lutut,aurat bagi perempuan pula adalah pada seluruh anggota kecuali muka dan tangan sahaja yang boleh di pamerkan.Islam memang menjaga martabat wanita, maka tutuplah aurat wahai perempuan.

UNTUK RUJUKAN SILA KLIK SINI-

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...