Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 8 July 2011

KAJOL LANTIK PEGUAMBELA


KOTA BHARU: Penyanyi dikir barat moden yang terkenal di Kelantan, Mohd Hafiz Jeffri, 25, atau lebih dikenali sebagai ‘Kajol’ sudah melantik peguam bela bagi mewakilinya dalam kes
rayuan berhubung sabitan hukuman penjara lima bulan dijatuhkan Mahkamah Rendah Syariah, Tanah Merah, pada 21 Jun lalu.
Berhubung kes rayuan terbabit, Kajol yang turut dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Hakim Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah, Aris Fadhilah Sulaiman, pada prosiding lalu, melantik peguam bela Mohd Zaki Zainal Abidin untuk mewakilinya.
Proses pelantikan peguam terbabit dilakukan Kajol pada 21 Jun lalu, namun prosiding rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah belum ditentukan lagi sehingga rekod rayuan diserahkan Mahkamah Rendah Syariah Tanah Merah ke mahkamah berkenaan.

Mengulas mengenai pelantikan terbabit, Mohd Zaki berkata, dia tidak dapat menentukan tarikh sebenar prosiding berkenaan, meskipun sudah dilantik mewakili tertuduh.

“Selaku peguam bela yang dilantik pada 21 Jun lalu, saya diarahkan anak guam supaya mewakilinya dalam prosiding rayuan bersabit jatuh hukuman penjara lima bulan dijatuhkan Hakim Syarie Aris Fadhilah Sulaiman ke atas Kajol.

“Tindakan mengemukakan rayuan dilakukan anak guam ketika prosiding jatuh hukuman dikenakan ke atasnya, namun tidak membabitkan denda, tetapi hanya bersangkut hukuman penjara lima bulan,” katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Syariah, Balai Islam Lundang, dekat sini, semalam.



Katanya, dalam prosiding lalu, anak guamnya dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 atau lima bulan penjara jika gagal membayar denda selepas mengaku salah terhadap pertuduhan berperwatakan seperti wanita dan berpakaian tidak senonoh di khalayak ramai di tapak ekspo, 15 April lalu.

“Sebelum ini, tertuduh mengemukakan permohonan mengenepikan sementara hukuman penjara lima bulan sebelum kes berkenaan didengar pada peringkat rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah dan dalam proses penetapan tarikh,” katanya.

No comments:

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...