Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 31 January 2011

NAIKMINYAKNAIK 10 SEN

Naik minyak lagi weh,apa sudah tukar ke....yang sebenar minyak naik lagi 10 sen, minyak RON97...
azlanHarga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

SEKULAR ITU JAHILLIYAH

Kelmarin setibanya saya di rumah selepas berada  di Tenang, Johor selama tiga hari, saya dikejutkan dengan satu rombongan bas kaum India dari Hulu Selangor yang siap menunggu ketibaan saya. Mereka meminta saya untuk berucap sepatah dua kata dan saya menjemput mereka naik ke masjid jika ingin mendengar ucapan saya. Alhamdulillah, tanpa fobia dan takut, mereka naik ke masjid. Tidak tahulah pula saya jika langkah saya itu boleh menjadi isu kepada pihak-pihak tertentu. Namun bagi saya, Islam perlu diperlihatkan dengan wajahnya yang sebenar bukan hanya melalui lidah orang-orang Islam

TEMAN TAPI MESRA

Kah..kah..kah geli hati bila pertama kali menatap gambar ni,bila aku tengah makan teringat gambar ni nak tersedak makanan yang dimakan."Teman tapi mesra"begitulah agaknya gambaran yang boleh dibuat.Kasih abang sampai kemati,sehidup semati.Begitu akrabnya persahabatan dan nilai kasih sayang antara manusia dan haiwan, walau abang sesibuk mana pun sempat abang bawa bersiar begitu agaknya dialog yang kita boleh letak kat gambar ni.Cerita sebenar disebalik gambar ni tak siapa yang tahu,mungkin haiwan tu baru dibeli atau untuk dibawa kepasar untuk dijual.....terserah lah,apa-apa pun asal bahagia.... 

SUAMI PUJA KERIS SETIAP MALAM


ALOR GAJAH: “Saya terjaga daripada tidur apabila terdengar suara suami seperti sedang meratib atau berzikir dengan kuat. Apabila saya intai ke dalam biliknya, saya terkejut melihat perbuatannya yang pelik.
“Dia bukannya berzikir, tapi membaca mantera dengan bahasa yang saya tidak fahami. Dia duduk di atas sejadah, tapi tak menghadap kiblat dan tangannya memegang satu keris kecil. 
“Dia seolah-olah memuja keris itu,” kata wanita yang mahu dikenali sebagai Humairah mengenai amalan aneh suaminya kononnya untuk menambah rezeki keluarga mereka selepas diberhentikan kerja sejak setahun lalu.

Humairah, 25, dari sebuah kampung di sini berkata, dia mengesan amalan pelik suaminya yang berusia awal 30-an selepas curiga dengan sikapnya yang jauh berubah berbanding sebelumnya.

Sunday, 30 January 2011

BN MENANG 3,707

LABIS: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas calonnya, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti undi 3,707, mengatasi calon PAS, Normala Sudirman.

Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan tepat jam 10.03 malam oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Md Asri Amir di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini.

Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi manakala Normala 2,992 undi. Dalam pilihan raya kecil itu, Mohd Azahar, 39, yang juga bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat, dicabar oleh Normala, 38, yang juga seorang bekas guru. 

MENGAPA ISLAM TERUS DIHINA

Dari gambar yang dipaparkan ini dapatlah kita mentafsirkan betapa hinanya islam pada kacamata orang-orang yang bukan islam,namun begitu ramai juga yang berkata ini kerja budak-budak nakal tapi yang pasti itu satu penghinaan terhadap islam....mengapa dan kenapa,jawapannya juga ada pada kita.Agama adalah hak individu  
tiada paksaan dan kita rasa bertuah dipilih oleh Allah

SETIAP HARI DEBELASAH


KUNJUNGAN seorang wanita ke sebuah negeri di utara tanah air Julai tahun lalu untuk bertemu bakal suami sepatutnya menjadi detik indah, tetapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila lelaki itu yang selama perkenalan mereka baik hati, lemah lembut, malah percintaan direstui keluarga, berubah menjadi buas umpama ‘binatang’.
Hampir dua bulan wanita itu diperlakukan umpama hamba abdi dengan setiap hari dibelasah bukan saja menggunakan kaki dan tangan, tetapi turut digigit di beberapa bahagian badan.
Paling dikesalkan, perkahwinan yang dijadualkan pada Disember tahun lalu, ‘dipercepatkan’ bakal suaminya apabila dibawa ke Thailand untuk berkahwin.

Alasan lelaki itu berbuat demikian adalah untuk mengaburi mata pihak berkuasa, kononnya lebam ‘dihasilkannya’ hanya masalah dalaman rumah tangga.

JEJANTAS MAKSIAT

KUALA TERENGGANU - Siapa sangka, jejantas Jalan Sultan Muhammad, berhadapan sebuah pasar raya terkemuka di daerah ini turut ‘tersenarai’ sebagai tempat persinggahan ‘berbulan madu’ bagi pasangan kekasih muda yang sedang kemaruk cinta, selain di bilik-bilik hotel ataupun di taman rekreasi.

Friday, 28 January 2011

SUAMI ROMANTIS ISTERI PENYANYANG

BAB-1
Kebanyakkan lelaki yang bergelar suami,mereka sudah tidak romantis lagi.Setelah masa berlalu,secara beransur-ansur sifat romantisnya akan hilang.Mereka belajar menjadi romantis diawal perhubungan dan apabila memperolehi atau mendapat apa yang di impikan sehingga melansungkan rumah tangga maka alnya segala sifat romantis sudah hilang entah kemana.


Sifat romantis pada awalnya  akan bertukar menjadi

Thursday, 27 January 2011

BN DIGESA HENTI UGUT PENGUNDI MELAYU


KUALA LUMPUR, 27 Jan: Umno dan BN diakui sedang menekan para pengundi di Dun Tenang dengan menggunakan taktir kotor dengan membuat pelbagai ugutan kepada para pengundi di kawasan itu agar tidak menyokong PAS.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh para pengundi di kawasan itu ketika ditemui petugas-petugas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Dun Tenang yang akan berlangsung 30 Januari ini. 
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), Siti Zailah Mohd Yusof menjelaskan, kebanyakan para pengundi yang menjadi mangsa ugutan itu terdiri daripada pengundi-pengundi Melayu terutama yang tinggal di kawasan Felda.
Menurut beliau, berdasarkan maklumat yang diterima oleh beliau daripada petugas-petugas PAS di Tenang, para pengundi terbabit sememangnya cenderung untuk menyokong PAS, tetapi mereka takut berbuat demikian disebabkan ugutan-ugutan daripada para pemimpin Umno atau BN yang dikenakan dalam pelbagai bentuk.
"Antaranya, ada yang diugut akan ditarik balik pencen, anak-anak mereka yang bekerja akan ditukar kerja ke tempat lain yang berjauhan dari kawasan itu, bantuan kebajikan akan ditarik balik dan sebagainya," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Politik ugutan itu dimainkan oleh Umno atau BN disebabkan mereka sendiri menyedari kedudukan para pengundi di Dun Tenang sekarang yang lebih memihak kepada PAS.
"Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh pihak kita, saya berani mengatakan kemenangan sebenarnya sudah berada di pihak PAS jika mereka mengadakan pertandingan di padang yang rata.
"Sokongan orang-orang Cina dan India kepada PAS atau Pakatan Rakyat di kawasan itu sekarang sememangnya memberangsangkan, manakala sokongan daripada orang-orang Melayu pula semakin meningkat.
"Tetapi disebabkan mereka menggunakan taktik kotor terutama politik ugutan, pengundi-pengundi

BUANG BAYI LAGI....

Lagi -lagi berita buang bayi. sejauh mana pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk membendung gejala pembuangan bayi,berita kali ni di Seremban:....... “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.


Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.


“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.
Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran. 

AMOI KEBAL


KUALA LUMPUR: Serbuan serta tangkapan berterusan oleh pihak berkuasa bagi membanteras kegiatan pelacuran di ibu negara belum cukup menggentarkan golongan itu terutama wanita warga asing untuk terus menawarkan khidmat seks.
Pendedahan media mengenai kegiatan maksiat di lokasi tertentu di ibu negara yang menjadi lubuk perkhidmatan seks juga tidak memberi kesan dan kegiatan itu seperti kebal daripada tindakan pihak berkuasa. Tinjauan Metroplus di Wisma Indah, Jalan Cochrane, di sini, baru-baru ini, mendapati masih ada lagi pelacur asing dan tempatan berkeliaran walaupun kawasan berdekatan dengan bangunan berkenaan baru saja diserbu polis dan beberapa wanita dipercayai pelacur warga China diberkas.

Pelacur terutama warga China berusia lingkungan 20 hingga lewat 30-an dikesan menjalankan operasi seawal jam 8 pagi hingga larut malam setiap hari dan menawarkan khidmat seks dengan harga RM60 di

Wednesday, 26 January 2011

BAYI MAUT DITIKAM IBU

SHAH ALAM – Seorang bayi perempuan dibunuh kejam, dipercayai ditikam bertubi-tubi oleh ibunya sendiri di sebuah rumah panjang di Batu 4, Kampung Jawa, dekat sini, semalam.

Mayat bayi malang yang dipercayai baru lahir kira-kira jam 9 pagi itu, ditemui terbaring di atas plastik di bilik air rumah panjang berkenaan.

Difahamkan, bayi itu ditikam menggunakan objek tajam, lebih lima kali di seluruh badan. 

LETUPAN BOM DI LAPANGAN TERBANG DOMODEDOVO MOSCOW

Satu serangangan pengebom berani mati di lapangan terbang Domodedovo Moscow mengakibatkan 35 kematian dan mencederakan lebih dari 130 orang,sehubungan dengan itu pihak berkuasai  Moscow mencari tiga orang warga Chehnya.Satu senarai orang yang terkorban telah dikeluarkan oleh jabatan berkenaan antara yang mati adalah warga Jerman ,Bulgaria,Republik Soviet Uzbekistan,Kyrgyzstan,Tajikistan dan Ukrine.

   Seperti biasalah macam negara barat ia akan dikaitkan dengan Militan atau penganas bila berlaku kejadian sebegini,namum tiada puak yang mengaku bertanggung jawab.Presiden Russia,Dmitry Medvedev mahu pihak lapangan terbang bertanggung jawab diatas rendahnya tahap keselamatan dilapangan terbang tersebut.

Tuesday, 25 January 2011

3D CHALK ART

Seni kapur 3D atau 3D chalk Art,antara kebenaran atau ilusi itulah yang dapat kita lihat dengan hasil seni mereka seolah-olah menampakkan realiti atau kebenaran maka tidak hairanlah mereka mendapat gelaran "Chalk God" kebanyakkan artis adalah dari China yang menunjukkan kebolehan  mereka dijalanan seperti Mr Hou...

MOTOSIKAL BERKUASA 8200CC

Sebuah motosikal yang diberi nama Tomahawk yang menggunakkan train enjin yang berkuasa 8200cc menurut cerita terlaju dimasa ini,tak dapat nak dibayangkan kelajuannya.Tak ada apa yang hendak dikongsikan mengenai motosikal ni sebab tak ada keterangan lanjut mengenainya....

Monday, 24 January 2011

DUN TENANG















GURU BUAS DIJEL 12 TAHUN


Oleh Mohd Sabran Md Sani
sab@hmetro.com.my                      



KOTA BHARU: “Seharusnya seorang guru menunjukkan teladan baik kepada anak murid tetapi berbeza dengan tertuduh hari ini kerana mengambil kesempatan terhadap mangsa berusia 12 tahun yang naif dalam hal seksual,” kata Hakim Zainal L Salleh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.
Zainal berkata demikian sejurus menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan terhadap seorang guru sebuah sekolah rendah di Tanah Merah selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan merogol anak muridnya berusia 12 tahun pada 2006.

Saturday, 22 January 2011

BLACKBERRY RM3

PANJANG...orang ramai beratur untuk mendapatkan BlackBerry dengan hanya RM3.

U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) yang kini turut serta dalam arena telekomunikasi pintar BlackBerry, memperkenalkan tiga pelan yang menawarkan pakej unik dan fleksibel dikira sama ada secara harian, mingguan atau bulanan.
Menurut Ketua Perkakasan dan Operasi Cawangannya, Kevin Yip, U Mobile menawarkan pakej berkenaan ditawarkan masing-masing pada harga serendah RM1.50, RM10 atau RM40.

SIAPA PEMILIK OTAK YANG TAK HANCUR


SEBERANG PRAI - Keinginan orang ramai untuk mengetahui pemilik sebenar otak manusia yang ditemui masih elok dalam liang lahad oleh dua penggali kubur di Tanah Perkuburan Islam Permatang Tok Labu, Penaga di sini sembilan hari lalu akhirnya terjawab.

Friday, 21 January 2011

KENYATAAN PRESIDEN MCA TENTANG SALAM DIBANTAH


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyindir alaman biasa cara wanita Islam bersalam di tempat awam mendapat kritikan keras daripada pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter.

Kebanyakan pembaca yang mengkritik turut membuat perbandingan dengan kes Chua yang ditangkap melakukan hubungan jenis dengan seorang rakan wanitanya dalam sebuah video yang telah menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan kabinet dan partinya sebelum menjadi Presiden MCA pada tahun lepas.

“Anda adalah orang yang membuat penilaian terhadap orang yang tidak bersalam. Apakah penilaian kita terhadap seorang yang telah melakukan zina,” tanya seorang peguam, Syahredzan Johan di Twitter.

Beliau turut berpendapat bahawa bekas Menteri Kesihatan itu tidak harus membuat sebarang penilaian moral ketika orang lain boleh menyoalkan kompas moralnya sendiri.Chua sekali lagi mencetuskan kontroversi

SANGGUP TELANJANG DEMI MENDAPATKAN PAKAIAN

halfnaked_kids_crowd_34th_street_for_desiguals_second_undie_party.jpeg
Sanggupkah anda berbogel atau separuh bogel untuk membeli  dua helai pakaian atau mendapatkan secara percuma,mungkin ada yang sanggup,itu lah yang berlaku disebuah Desiqual San Francisco,bagi seratus pelanggan yang pertama akan mendapat pakaian yang berjenama SOHO...hai macam-macam berlaku dalam dunia hari ni,dunia tanpa sempadan tapi apa nak heran diaorang bukan orang islam..orang islam lagi la dasyat...

Thursday, 20 January 2011

BUDAK 22 BULAN MERAYAU DI HUTAN

SLIM RIVER: “Saya tidak menolak kemungkinan kehilangan cucu disebabkan unsur ghaib kerana secara logiknya, tidak munasabah kanak-kanak berusia setahun 10 bulan mampu berjalan kaki hampir tiga kilometer ke dalam hutan bersendirian dengan berkaki ayam.
“Apapun kami bersyukur kerana dia ditemui dalam keadaan sihat meskipun ada sedikit kesan calar dan tiada perkara buruk menimpanya,” kata Abdul Wahid Nordin, 52, datuk kepada Nor Aishah Umairah Zamzanuri yang ditemui selamat pagi semalam selepas hampir dua hari dilaporkan hilang.

Saturday, 15 January 2011

TABUNG KHAS BANTU PEKERJA ISLAM

KENYATAAN AKHBAR
14 JANUARI 2010
———————————————————————— ——————————–
TABUNG KHAS BANTU BEKAS PEKERJA PREMIS MINUMAN KERAS YANG BERAGAMA ISLAM
Kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis-premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.
Kami telah meminta ahli Exco negeri, YB Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, YB Yaakob Sapari, YB Dr Halimah Ali dan YB Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Friday, 14 January 2011

BAYI DITUMBUK IBU

KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun lebam di seluruh muka dan berkemungkinan buta mata kanan akibat ditumbuk ibu kandungnya yang di Bandar Sungai Long, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk rawatan selepas tidak sedarkan diri. 
Pemangku Ketua Polis Kajang, Superintendan Azman Ayob berkata, mangsa, Yong Kar Sheng turut cedera di kepala serta patah tulang pelipis sebelah kanan akibat dibelasah ibunya

PECAH

Pecah,apa yang pecah...itulah yang menjadi persoalan difikiranku.Ceritanya macam ni,pagi ni seperti pagi jumaat aku akan kepasar Kedai Lalat untuk membeli sedikit lauk dan barang dapur,tiba-tiba aku nampak ramai dihadapan kedai Roti dan Kek Bomboo berdekatan simpang tiga lampu isyarat dalam hati mesti ada kemalangan  tapi tidak rupa-rupanya pintu kedai tersebut terkopek macam dikopek pencuri,aku tanyalah kat member aku kebetulan turut berada di situ katanya dilanggar motor pada pukul sebelas lebih semalam.Katanya ada sebuah motor yang dipandu laju datang dari Pulau Melaka menuju ke Kampong Tokku berdekatan dengan Kedai lalat dalam keadaan meniarap tak dapat mengambil selekoh lalu tersasar ke pintu kedai kek tersebut begitulah mengikut ceritanya.Dari keadaan pintu kedai yang terperosok tak dapatlah nak digambarkan bagaimana keadaan mangsa.
                                        

Thursday, 13 January 2011

BULI



TANAH MERAH – Kegembiraan seorang pelajar perempuan setelah
berjaya ke sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) dekat sini, bertukar 
menjadi igauan ngeri buatnya apabila menjadi mangsa buli senior sejenis
pada program suai kenal, 10 Januari lalu.

Pelajar terbabit baru mendaftar 5 Januari lalu, berdepan
trauma ke sekolah setelah kejadian selepas Asar, Isnin lalu.

DERITA 30 MINIT


RAWANG: Seorang pemandu lori hanya mampu merintih dan menjerit kesakitan selama lebih 30 minit akibat tersepit sejurus lori yang dipandu merempuh belakang sebuah lori pasir, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa yang memandu lori dengan muatan alat ganti kereta Proton dikatakan gagal mengelak sebelum merempuh belakang sebuah lori pasir di lorong kanan Kilometer 445, Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran susur Rawang arah utara, di sini.

Tuesday, 11 January 2011

BUANG BAYI

     KUALA LUMPUR:  Mayat seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di tempat pembuangan sampah di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini hari ini. 

Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya ketika beliau hendak membuang sampah.

GULAI LEMAK IKAN HARUAN

Assalamualaikum semua....hari ni posting aku pasal makan, sebut pasal masakan ni kadang-kadang rumit juga nak cari menu,hari-hari makan ayam..sikit-sikit ayam naik rimas aku.Hari ni aku nak masak menu masakan yang  dah lama aku tak masak...resepi gulai lemak ikan darat bersama putik pisang dan pucuk kandis dan putik pisang ni ialah buah pisang yang masih muda dan masih virgin.


Monday, 10 January 2011

BUANG EMAK BUANG SAUDARA DEMI KEKASIH

KUALA LUMPUR: “Selama membesarkan dia, saya tak pernah terfikir yang dia tergamak membuang ibu sendiri,” rintih seorang ibu yang kini hidup merempat sejak enam bulan lalu selepas ‘dibuang’ anak perempuan tunggalnya akibat penangan cinta lelaki Iran.
Ibu itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ani, 47, kini menumpang berteduh di rumah rakan dan berpindah-randah dari satu kediaman ke kediaman lain di Seremban, Negeri Sembilan serta Selayang di sini, dengan hanya membawa lima helai pakaian.
“Saya tidak menumpang lama di rumah orang dan berpindah-randah dari rumah rakan ke rumah rakan lain selepas tinggal dua atau tiga hari. Saya tidak ada sesiapa dalam hidup ini. Selepas suami meninggal dunia pada 2008, hanya anak perempuan tunggal itu yang menjadi tempat saya bergantung.

Sunday, 9 January 2011

RAHSIA KEKAL MENAWAN PIKAT SUAMI


SANDAKAN: “Walaupun kegarangan suami boleh diumpamakan seperti sang harimau yang pantang dicabar, itu tidak bermakna mereka tidak boleh dijinakkan.
“Seperti bayi yang akan berhenti merengek selepas dapat menyusu, begitu juga halnya dengan si suami yang akan layu ketika ‘disusukan’,” begitulah nasihat Mansura Sirai tanpa segan silu menceritakan rahsia kerukunan rumah tangganya bersama suami tercinta, Yusuf Susuk, 70, sejak lebih 50 tahun lalu.
Ibu berusia 65 tahun yang melahirkan 23 cahaya mata ini mengakui payudara isteri memainkan peranan utama bagi menawan suami dan mengelaknya beralih cinta kepada wanita lain.

“Sebagai isteri, kita harus tahu menjaga penampilan diri dari luar dan dalam selain sentiasa bergurau setiap masa, terutama di bilik tidur.

IKLAN LUCAH

Terkejut beruk aku hari ni sedang aku klik iklan Nuffnang kat blog aku  tapi bukan dari Nuffnang tapi iklan kecil di sebelah iklan sebenar Nuffnang Friso Growing Up ternampak pula iklan kecil kat sebelah kanan yang berjodol Gadis Muda Cantik apa lagi aku masuk ler kat blog tu  keluar lah macam ni...m alas la aku nak cerita tapi soalnya boleh iklan macam ni berluasa kat blog-blog korang fikir la yer...korang masuk la itupun kalau masih ada iklan tersebut.....

Pakej Video - LIVE ! Aksi panas awek melayu , Gadis cantik dan mantap ! Lihat di bawah sekarang juga ...

Friday, 7 January 2011

JANDA MAUT DIHUMBAN DARI TINGKAT 10

AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan,
Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan,
jam 3.10 pagi.Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan
kepada polis.Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal
di Setapak Jaya,Sentul.Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu
mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua
anak mangsa kini dijaga bekas suami.

HUJAN

  Hujan turun tak henti-henti seingat aku dari hari khamis sampai lah kehari ni (jumaat).Hujan pada hari khamis itu hari menyebabkan ramai anak-anak sekolah habis basah apa nak buat,kerana hidup yang miskin..macam aku juga tak mampu rasanya nak beli kenderaan yang ada teduh, begitulah bila tanggungan dah semakin berat dibebani lagi dengan kenaikkan barangan keperluan namun aku bersyukur aku mampu beribadat kepadamu dan masih boleh makan dan minum.

Wednesday, 5 January 2011

TIADA ALASAN KERJA GRO

PEMBABITAN dalam kerjaya yang jelas status pengharamannya masih banyak berlaku di dalam negara kita.
Pelbagai alasan diberi oleh sebahagian mereka untuk mengurangkan rasa berdosa atau lebih berbahaya, menyatakan dan ‘membenarkan’ tindakan mereka sebagai halal atau harus. 
Menyentuh hal ini, saya bersetuju kita tidak boleh terus menghina petugas seperti itu seolah-olah mereka tiada lagi peluang untuk memperbaiki kerjaya mereka.

Khususnya penghinaan tanpa usul periksa kerana mungkin ada yang terjebak kerana diperangkap sindiket ‘hitam’ akibat nafsu muda atau kerana kejahilan sendiri.

Namun begitu, kita harus sedar teguran dan kecaman terhadap mengutuk pekerja- pekerja yang rela dan dengan sendirinya memilih kerjaya terbabit.

Kutukan perlu dibuat terhadap kerjaya kotor itu dan bukan tertumpu sangat kepada individu, ini perlu dilakukan sesuatu pihak supaya kesedaran dan kehinaan dosa itu dapat dibangkitkan.

Pada masa sama, ada pula pihak pendakwah lain mencuba teknik berbeza iaitu dengan kaedah lembut dan memujuk. Namun, kita tidak boleh menyalahkan teknik ‘kutukan’ dan ‘kecaman’ kerana teknik itu juga bersumber daripada al-Quran dan al-Hadis. 

HADIAH TAHUN BARU UNTUK RAKYAT DIDAHULUKAN

Assalamualaikum semua,rakyat didahulukan pencapaian di utamakan begitulah bunyi slogan dan sedap bunyinya...ingat lepas selesai persekolahan 2011 tak ada dah bebanan baru tup..tup petrol naik pulak dah 10 sen tak banyak tu dan lepas ni kata kementerian minyak tak akan naik dah itu lah yang diaorang selalu cakap,bagi aku dok kat kampong 10 sen ni besar aku tak makan gaji tak ada peluang merasa kenaikkan gaji setakat kerja kampong berapa sen sangat lah dapat itupun tak menentu kalau hujan tak kerja,susah lah macam ni

Saturday, 1 January 2011

Konsert Tahun Baru wali Band di Kelantan

Konsert Wali Band diKelantan di pertikai itu tajuk berita dalam Sinar Harian bertarikh 01 jan 2011 yang ditulis oleh Rosmiza Kasim...dan ini artikel yang harus anda baca........
konsert Wali Band : Pemuda UMNO Kelantan Dinasihati Memahami Enakmen Kawalan Hiburan 1998
1. Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) tertarik untuk mengulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan, Saudara Anuar Safian seperti yang tersiar di dalam akhbar Utusan Malaysia 1 Januari 2011 (muka 24). Kenyataan yang sama turut tersiar di dalam akhbar Sinar Harian 1 Januari 2011 (muka N7). Beliau di dalam kenyataan tersebut mempertikaikan langkah kerajaan negeri membenarkan penganjuran persembahan kumpulan dari Indonesia, Wali Band sempena sambutan tahun baru 2011 di Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu, Kelantan.
2. DPPNK ingin memberikan penjelasan bahawa setiap persembahan hiburan di Kelantan haruslah mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998.

2011

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dilindungi Allah hendaknya.Masa selalu datang dan pergi,hari bersilih ganti dan semasa aku sedang menulis ini tak lama lagi akan meriahlah Malaysia yang kita cintai ini dengan program-program mungkar yang telah disediakan untuk menyambut tahun baru 2011.Setiap tahun kita menyambut ketibaan tahun baru dengan pesta dan nyanyian....program yang melalaikan itu lah yang boleh kita beri gelaran.Semua manusia dimuka bumi ini suka kepada hiburan,suka pada keseronokan maka tidak hairanlah ia menjadi program kegilaan muda-mudi kita malahan sentiasa dinantikan setiap permulaan tahun baru.

Search This Blog

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...