Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 21 January 2011

KENYATAAN PRESIDEN MCA TENTANG SALAM DIBANTAH


KUALA LUMPUR, 21 Jan: Kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang menyindir alaman biasa cara wanita Islam bersalam di tempat awam mendapat kritikan keras daripada pembaca Harakahdaily di Facebook dan Twitter.

Kebanyakan pembaca yang mengkritik turut membuat perbandingan dengan kes Chua yang ditangkap melakukan hubungan jenis dengan seorang rakan wanitanya dalam sebuah video yang telah menyebabkan beliau terpaksa melepaskan jawatan kabinet dan partinya sebelum menjadi Presiden MCA pada tahun lepas.

“Anda adalah orang yang membuat penilaian terhadap orang yang tidak bersalam. Apakah penilaian kita terhadap seorang yang telah melakukan zina,” tanya seorang peguam, Syahredzan Johan di Twitter.

Beliau turut berpendapat bahawa bekas Menteri Kesihatan itu tidak harus membuat sebarang penilaian moral ketika orang lain boleh menyoalkan kompas moralnya sendiri.Chua sekali lagi mencetuskan kontroversi
mengenai Islam apabila beliau secara sindiran membuat perbandingan cara calon PAS di Tenang, Normala Sudirman bersalaman dengan Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa berkempen di Tenang.

“Dia tidak akan datang ke sini (tokong Cina), (dan) dia langsung tidak bersalam dengan orang. Saya sudah terima aduan mengenai hal ini.

"Dia seperti isteri Anwar Ibrahim. Dia memakai sarung tangan ketika bersalam. Jika anda boleh menerima cara Islam sebegini, pergilah undi PAS,” Chua dipetik sebagai berkata di Malaysiakini.

Tahun lepas, Chua juga secara jahilnya mengatakan bahawa negara-negara yang paling korup adalah mereka dari kalangan majoriti Muslim, akan tetapi beliau memberikan contoh negara Ethiopia yang mempunyai majoriti Kristian dalam hujahnya.
Pada November lepas, Chua sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS dengan kejahilannya apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Menurut Haji Ismail Basar, yang memberikan komennya terhadap Chua di Facebook Harakahdaily, beliau bersimpati dengan manusia seperti Chua kerana tiada parti komponen dalam Barisan Nasional yang mampu menerangkan perbezaan ajaran Tuhan dengan ajaran buatan manusia.

“Dia ingat dia tahu semua benda, padahalnya dia sangat naif mengenai dasar-dasar asas Islam… nak harap dalam component nak educate pun, 2 x 5… tak tahu mana satu hukum datang dari Tuhan, dan yang 
Dalam pada itu, seorang pembaca bernama Anuar Azahari menuding jari pada Umno dengan mengatakan bahawa “Umno bertanggungjawab ke atas sikap ahli-ahli MCA ke atas Islam kerana mereka mendidik MCA dengan dakwah yang tidak betul sehinggakan mereka sanggup mengeluarkan kata-kata demikian terhadap Islam dengan hukum-hukumnya.” 
“Jika Umno membiarkan Chua Soi Lek ini meneruskan juga cakap-cakap serupa ini dan Umno membiarkannya untuk memancing undi orang-orang bukan Islam, maka Umno berdosa kerana membiarkan rakan seperjuangannya menghina Islam,” tulis beliau di Facebook Harakahdaily.
HARAKAHDAILY


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...