Lagi -lagi berita buang bayi. sejauh mana pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk membendung gejala pembuangan bayi,berita kali ni di Seremban:....... “Nasib baik saya cepat sampai, jika tidak entah apa nasib bayi itu kerana ada anjing berkeliaran di situ,” kata anggota tentera, Nuramsya Adam Hadri, 22, yang menemui seorang bayi perempuan ditinggalkan atas bonet kereta di tempat letak kenderaan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), kira-kira jam 8.15 malam kelmarin.
Nuramsya Adam berkata, selepas menunggu seketika dia membawa bayi itu ke pondok keselamatan hospital berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, Nuramsya berkata, dia ke keretanya yang diletakkan berhampiran Pusat Rawatan Dialisis untuk pulang ke rumah selepas melawat isteri dan anak dimasukkan ke hospital kerana demam panas.
“Sebaik tiba berhampiran kereta, saya terdengar tangisan bayi lalu melakukan pemeriksaan sebelum melihat bayi perempuan di atas bonet Perodua Kancil.
“Pada mulanya saya sangka ia ditinggalkan ibunya untuk sementara waktu di situ,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, malam kelmarin.

Menurutnya, dia membawa bayi itu ke pondok pengawal dan dinasihatkan menghantar ke hospital sebelum membuat laporan di pondok polis berhampiran.
Ketua Puteri Umno Bahagian Rembau, Zuliana Mohd Ridzuan turut melawat bayi malang itu di HTJS.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut mengenai penemuan bayi berkenaan.
“Ketika ditemui bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu berada dalam keadaan sihat dan kini ditempatkan di HJTS untuk tindakan lanjut,” katanya.
Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

Sumber Harian Metro.
P/S:Semakin hari semakin menjadi-jadi gejala buang bayi ni,binatang pun tak ada perangai macamni...
No comments:
Post a Comment