Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 1 January 2011

2011

Assalamualaikum semua, semoga sentiasa dilindungi Allah hendaknya.Masa selalu datang dan pergi,hari bersilih ganti dan semasa aku sedang menulis ini tak lama lagi akan meriahlah Malaysia yang kita cintai ini dengan program-program mungkar yang telah disediakan untuk menyambut tahun baru 2011.Setiap tahun kita menyambut ketibaan tahun baru dengan pesta dan nyanyian....program yang melalaikan itu lah yang boleh kita beri gelaran.Semua manusia dimuka bumi ini suka kepada hiburan,suka pada keseronokan maka tidak hairanlah ia menjadi program kegilaan muda-mudi kita malahan sentiasa dinantikan setiap permulaan tahun baru.


  Islam memberi garis panduan hiburan segaimana yang dibolehkan yakni hiburan yang tidak melalaikan,penonton yang bukan mahram haruslah diasingkan kecuali keluarga,penyanyi harus menutup aurat,lagu yang dinyanyikan haruslah yang dari lirik yang berunsur keagamaan dan tiada hidangan atau minuman yang memabukkan dan kita tanya pada diri kita apakah ciri-ciri tersebut ada pada setiap sambutan tahun baru dan jawapanya ada pada saudara dan saudari semua.Kita boleh lihat kat media elektronik(tv) betapa hebat  dan  meriahnya sambutan tersebut dan yang paling malang pada malam itu juga seramai mana anak-anak orang melayu yang beragama islam hancur dan punah ranah,  masing-masing mabuk dan bebas berzina dengan pasangan mereka,bertukar-tukar pasangan dan pada keesokkan hari terpampang kat dada-dada akhbar "Botol-botol Arak dan Kondom bersepah"siapa yang menceritan.....orang yang kerja dengan Majlis Bandaraya yang menjadi tukan sapu.


  Sebelum tiba tahun baru mereka telah merwar-warkan segala sambutan ini kat tv dan akhbar dan ingatlah jika kamu menjadi penaja atau membantu dalam perkara maksiat maka kedua-dua akan mendapat dosa yang sama berat.Akhbar akan meletakkan berita sensasi ini kat muka depan sebagai pelaris maka larislah jualannya'letak besar-besar kat muka depan "Tahun Baru Kondom".Segala peristiwa pahit yang berlaku seperti Tsunami sudah hilang dalam ingatan dek kerana hiburan,aku menyeru kepada kerajaan ubahlah cara sambutan,lebihkan acara yang berbentuk agama seperti ceramah agama atau solat hajat wlwupun ianya bukan tahun baru islam..akhir kata aku mengucapkan selamat tahun baru 2011 dan selamat bercuti kepada rakyat Kelantan  dan Kedah  pada 2 januari 2011(cuti menang bola piala Suzuki) selamat bercuti.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...