U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) yang kini turut serta dalam arena telekomunikasi pintar BlackBerry, memperkenalkan tiga pelan yang menawarkan pakej unik dan fleksibel dikira sama ada secara harian, mingguan atau bulanan.
Menurut Ketua Perkakasan dan Operasi Cawangannya, Kevin Yip, U Mobile menawarkan pakej berkenaan ditawarkan masing-masing pada harga serendah RM1.50, RM10 atau RM40.
“Selain pelan data yang fleksibel, pakej ditawarkan turut membolehkan pelanggan mendapatkan kedua-dua model pada harga serendah RM1,700 atau RM1,075, malah kami mengamalkan konsep bayar hanya yang kamu gunakan,” katanya selepas pelancaran pakej BlackBerry di Kuala Lumpur, semalam.
Untuk menghargai pelanggan pada hari pelancarannya, U Mobile menawarkan harga istimewa untuk model BlackBerry Bold 9780 dan Curve 9300 bermula pada harga RM3, RM33 dan RM333 untuk tempoh sehari saja.
Kempen yang menyaksikan pembeli sanggup beratur selama 13 jam sebelum kaunter dibuka pada jam 9 pagi itu membolehkan pelanggan mendaftar untuk pelan pasca bayar atau prabayar U Mobile.
Majlis pelancaran turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Kaizad Heerjee.
Sementara itu, Heerjee berkata, U Mobile secara berterusan mencari peluang untuk memberikan tambah nilai dan ganjaran menarik kepada pelanggan untuk memberikan yang terbaik kepada pengguna.
“Kempen ini sebahagian daripada program ganjaran untuk pelanggan U Mobile berdasarkan jumlah penggunaan, semuanya akan menambah nilai setiap sen yang pelanggan belanjakan untuk berkomunikasi,” katanya.
Menurutnya, memandangkan pengguna Malaysia semakin ramai memerlukan Internet mudah alih, kemudahan yang disediakan itu dijangka mampu memenuhi tuntutan pelanggan.
“Kempen ini sebahagian daripada program ganjaran untuk pelanggan U Mobile berdasarkan jumlah penggunaan, semuanya akan menambah nilai setiap sen yang pelanggan belanjakan untuk berkomunikasi,” katanya.
No comments:
Post a Comment