Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 7 January 2011

HUJAN

  Hujan turun tak henti-henti seingat aku dari hari khamis sampai lah kehari ni (jumaat).Hujan pada hari khamis itu hari menyebabkan ramai anak-anak sekolah habis basah apa nak buat,kerana hidup yang miskin..macam aku juga tak mampu rasanya nak beli kenderaan yang ada teduh, begitulah bila tanggungan dah semakin berat dibebani lagi dengan kenaikkan barangan keperluan namun aku bersyukur aku mampu beribadat kepadamu dan masih boleh makan dan minum.


  Bila musim hujan tiba aku terasa terharu mengenangkan kedua ibubapa ku yang telah lama kembali kerahmatullah segala bebanan aku terpaksa pikul sendiri nasib baiklah ada rumah peninggalan mereka dapat lah aku tumpang berteduh dapat lah berlindung dari hujan dan panas walaupun kadangkala air mencurah-curah turun dari atap yang bocor.Bilik air yang bocor nak buang air pun kena pakai payung kesian kat anak-anak aku, itu hari ingat
nak baiki tiba pula musim persekolahan terpaksa aku matikan dahulu niatku kerana ter
paksa beli pakaian dan peralatan sekolah yang lain.

Dalam awal bulan 12 tahun 2010 ada juga aku dengar bantuan baiki rumah oleh kerajaan negeri dan itu disuarakan oleh penghulu mukim supaya senaraikan bahan keperluan bersama salinan kad pengenalan dan aku dah serahkan seperti yang dimaklumkan.Aku bukan berharap sangat pada bantuan tersebut aku tahu kerajaan negeri ni miskin tapi sekurang-kurangnya ada tindakan susulan dari pihak berkenaan dan tambahan PRU13 dah dekat rajin-rajin lah menjengok kesusahan rakyat,apa yang aku suarakan ini bukan keperluan aku sahaja tapi
orang lain yan senasib dengan aku.Aku tidak pernah menyesal dengan keadaan aku sekarang tetepi sedikit terkilan..

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...