AMPANG: Seorang janda maut disyaki dihumban dari tingkat 10 Kondominium Bukit Pandan,
Pandan Perdana, di sini, selepas bertengkar dengan kekasihnya, awal pagi semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu mati di tempat kejadian akibat parah pada seluruh badan.
Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan,
Mayatnya ditemui dalam keadaan terbaring di tempat letak kereta kondominium berkenaan,
jam 3.10 pagi.Mayat mangsa ditemui seorang pengawal keselamatan sebelum melaporkan
kepada polis.Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal
di Setapak Jaya,Sentul.Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu
mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua
anak mangsa kini dijaga bekas suami.
kepada polis.Berdasarkan siasatan awal, mangsa bekerja sebagai kerani dan tinggal
di Setapak Jaya,Sentul.Difahamkan, mangsa, Lai Puai Sern, 28, yang bercerai tiga tahun lalu
mempunyai dua anak perempuan berusia enam dan lapan tahun. Bagaimanapun, kedua-dua
anak mangsa kini dijaga bekas suami.
Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, Lai menjalin hubungan
cinta dengan seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun selepas bercerai.
Dia yang ditemui di luar perkarangan Bilik Mayat Pusat Perubatan Hospital Universiti
Kebangsaan Malaysia (PPHUKM) berkata, mangsa pergi ke kondominium berkenaan
untuk bertemu kekasihnya itu, awal pagi semalam.“Mangsa yang ditemani seorang rakan
naik ke tingkat atas kondominium itu bersendirian,manakala rakannya hanya menunggu
di dalam kereta. Bagaimanapun, tidak lama kemudian mangsa ditemui jatuh berlumuran
darah,” katanya.
Menurutnya, mangsa sebelum ini pernah mengadu menghadapi masalah dengan kekasihnya
berikutan hubungan cinta itu dihalang keluarga teman lelakinya.
“Malah, mangsa sebelum ini turut memadamkan semua SMS dihantar kekasihnya berikutan
kecewa dengan apa yang berlaku. Bagaimanapun, kami terkejut kerana mangsa ditemui mati
dalam keadaan tragis,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin yang
dihubungi mengesahkan penemuan mayat wanita itu yang ditemui terjatuh dari kondominium
berkenaan.
Menurutnya, polis tidak menolak andaian mangsa dicampak dari kondominium itu berpunca
daripada pertengkaran dengan individu yang dikenali.
“Berdasarkan siasatan, ada penduduk mendakwa mendengar bunyi pertengkaran dari tingkat
atas kondominium berkenaan. Polis sudah mengenal pasti identiti lelaki yang mempunyai
hubungan dengan mangsa dan tindakan lanjut akan diambil,” katanya.
Ditanya sama ada kematian mangsa berunsurkan kes pembunuhan, beliau bagaimanapun
enggan mendedahkan perkara itu sehingga siasatan lengkap dilakukan.
Sumber dari Harian Metro
No comments:
Post a Comment