Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 31 December 2009

SAMBUTAN TAHUN BARU DAN GERHANA BULAN



 Tahun baru 2010 akan menjelang tinggal beberapa jam lagi,seperti biasa kita kat malaysia tak ketinggalan untuk menyambutnya...mungkin banyak program yang disediakan yang pasti hiburan yang melalaikan dan percampuran  lelaki dan perempuan purata anak-anak bangsa kita MELAYU yang semakin layu ..bukan aku anti melayu kerana aku juga orang melayu tapi bukan melayu seperti ini.

Friday 25 December 2009

ANTARA BURUNG DAN MANUSIA

  Assalamualaikum salam satu islam...lama rasanya aku tak menulis sibuk sikit...sedar tak sedar sekolah dah nak buka  dah pening kepala dibuatnya,bukan aku sorang rasa macam tu korang pun sama juga makin ramai anak makin bertambahlah sakit kepala apa-apa hal pun Bro, Allah dah siapkan rezeki pada setiap hambanya kita usaha je...

Saturday 19 December 2009

TELEFON BERASASKAN ISLAM MYIMAN D818


Hari aku nak cerita dan bagi tahu satu produk berasaskan islam nama dia MYIMAN model D818 produk  inidipasarkan oleh satu syarikat Alternative Media Network .Banyak lagi produk keluaran syarikat ini aku ambik sah satu je..apa-apa pun kalau korang nak tahu lebih lanjut klik:  http://www.al-kulliyyah.com  bagi yang dah tahu tu diam je ler..aku nak bagi tahu pada yang belum tahu,,,,





Thursday 17 December 2009

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU ISLAM 1431 HIJRAH

Allhamdulillah...bersyukur kita padaNYA (ALLAH) dipanjangkan usia kita dan dapat berada di tahun baru1431 hijriah.Apa yang perlu kita lakukan agaknya, adakah dengan bermain mercun atau bunga api atau sebagainya.

  Itu semua tidak perlu, kita sebagai seorang islam harus tahu mana yang baik dan mana yang buruk..perbanyakkan lah amalan wajib dan sunat banyakkan berdoa semoga di tahun baru ini di lindungi dari bala dan bencana.
Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan permulaan tahun
baru bagi takwin Islam. Ianya bermula sempena memperingati
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Mekah ke Kota
Madinah dalam tahun 622 masihi. Selain itu, ianya juga merujuk
kepada peralihan daripada sesuatu yang negatif (buruk) atau
kurang baik kepada yang lebih baik atau sempurna...

Monday 14 December 2009

MASJID BAITURRAHMAN KG BUDI


 Baiturrahman...itulah nama yang diberi kepada sebuah masjid yang terletak di kg budi.Lokasinya   di tengah-tengah perjalanan dari kota jembal(kedai Lalat)  ke Tawang(dalam daerah bachok) dan berdekatan dengan Pasr Mini Budi.Ia di dirikan di atas tapak asal masjid tersebut hasil  dari derma orang ramai dan usaha Tuan iman Raja Sulaiman.   Bersebelahan dengan masjid tersebut terdapat pula bangunan PASTI (Pasti Arasyidin }.Di belakang masjid juga terdapat tempat penginapan sementara bagi mereka yang datang dari luar kelantan  dan ingin menjalankan akad nikah di masjid tersebut......

Sunday 13 December 2009

LORI TANGKI REMPUH RUMAH


Tiga terbunuh lori tangki rempuh rumah




12/12/2009 12:17pm
JELEBU 12 Dis. –Tiga terbunuh termasuk dua beradik apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah menyebabkan ia hangus terbakar di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di sini pada pukul 8.39 pagi ini.
Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu lori syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar, 36, serta dua beradik iaitu Anisah Hanapiah, 14, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7.
“Dua beradik itu rentung selepas terbakar dan ditindih pecahan batu akibat rempuhan tersebut.
“Mayat kedua-dua beradik itu ditemui pada pukul 10.20 pagi manakala mayat pemandu yang 60 peratus terbakar ditemui tercampak berhampiran pagar luar rumah yang hangus itu pada pukul 9 pagi,’’ katanya.
Ketika kejadian, ibu dua beradik malang itu, Mariani Cembeng, 45, tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di kawasan berhampiran.
“Lori tersebut turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas di tebing setinggi empat meter dan merempuh rumah yang terletak di tepi tebing berkenaan,’’ kata beliau.
Jelasnya, 15 anggota bomba dan penyelamat dari Jelebu dan Seremban diketuai Timbalan Penguat Kuasa, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Khairul Azwan Ibrahim berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh satu jam. – Utusan











Saturday 12 December 2009

ISTERI MELAYU CURANG APA DAH JADI


Isteri terlampau

KUALA LUMPUR: Kes suami atau isteri curang mungkin bukan perkara baru hingga timbulnya istilah ‘makan luar’ dan ‘kekasih gelap’ di kalangan masyarakat kita. Bagaimanapun, kini timbul pula ‘trend’ baru di kalangan isteri curang apabila mereka lebih berminat memburu lelaki warga asing yang bekerjaya profesional.

Friday 11 December 2009

HALALKAH MAKANAN YANG KITA MAKAN

Rasulullah bersabda, Setiap anak yang dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih. Kedua- dua ibubapalah yang menentukan menjadi Yahudi, Kristian dan Majusi(Riwayat: Bukhari)
Berdasarkan hadis di atas ibu bapa menjadi isu utama dalam mencorak dan menentukan sama ada anak itu berpotensi menjadi baik atau sebaliknya. Persoalan besar timbul ialah mengapa terdapat sebahagian ibu bapa yang bersungguh-sungguh membimbing anak dan keluarga mereka ke arah menjadi manusia yang berguna tetapi tidak mencapai matlamatnya.

AMALAN RIBA

Sistem kewangan, perbankan Islam perlu telus dalam urusan jual beli agar peminjam tak terbeban
KEWANGAN Islam sudah diterima umum dan menjadi satu industri yang amat memberangsangkan. Namun terdapat tanggapan bahawa kemudahan kewangan Islam tiada beza dengan kewangan konvensional kecuali nama kontrak berkenaan dalam bahasa Arab dan borang berwarna hijau. Kalau kontrak itu pinjaman, pelanggan masih perlu membayar lebih dari apa yang dipinjamkan atau kadang-kadang lebih tinggi. Adakah sama faedah dan keuntungan dan kenapa faedah diharamkan tetapi keuntungan dibenarkan sedangkan yang bezanya hanya perkataan dan tulisan.
Persoalannya, adakah tanggapan ini benar atau orang beranggapan begini tidak faham konsep akad atau berlaku pengubahsuaian dalam kontrak kewangan Islam sehingga pelanggan lebih tidak faham daripada faham terhadap apa yang berlaku. Namun, sama ada faham atau tidak,

I LOVE ISLAM


Monday 7 December 2009

TOK GURU

Isu panas sekarang mengenai Tok Guru Nik Aziz,   dah le panas hangat pula ..isu DOA PECAH PERUT.Kononnya Tok Guru berdoa supaya Najib dan Zaid pecah perut.Siapa lah reke-reka cerita yang aku tahu ada orng tanya kat Tok Guru konon nya ada orang kelantan(yang kaki botol) nak  adakan pesta minum arak jadi tanyalah pendapat Tok Guru ,cakap Tok Guru orang yang macam ni biarlah pecah  perut mereka diatas dosa yang mereka lakukan salah ke....ini aku bagi tengok video doa sebenarnya

KB MALL RUNTUH

Petang semalam(kelmarin orang kelantan cakap)selepas aku tutup kedai seperti biasa aku singgah makan mee goreng kat kedai sahabat aku Raja Kadir kat kg,budi sedang aku makan
,aku dikejutkan ada sms yang diterima oleh slah seorang pelangan kat kedai tu dicakap kb mall runtuh aku kata kat dalam hati je biar betul mamat sekor ni,dia cakap 2 mati 3 cedera aku pun tak cakap apa-apa terus bayar dan balik mah.

    Pagi ni aku buka internet aku cari berita kejadian ni ..aku buka satu blog tak ingat apa nama blog tu dan hasilnya gambar ni le...aku tak berani dan tak nak komen apa-apa sebab aku tak ada kat tempat kejadian so korang nilai lah sendiri.....





Wednesday 2 December 2009

HUJAN


Hujan mula turun lagi kat kelantan,kat kampung aku pun sama sejak dari semalam hingga lewat petang tadi baru reda..kasihan mereka-mereka yang tinggal kat kawasan rendah ialah..rumah mereka sering dinaiki air bila musim tengkujuh tiba.

Monday 30 November 2009

kampung mokkan

Kampung mokkan  begitulah namanya, agak unik dan pelik bunyinya  terletak lebih kurang  dua kilometer dari kedai lalat(Kota Jembal) tidak lah semaju mana ..mundur memang mundur kerana karenah birokrasi parti BN umumnya...penduduknya lebih kurang 15 buah keluarga bersempadan dengan kg.Lepar dan kg.Teras dan disinilah aku dilahirkan kedua-dua ibu bapaku sudah kembali ke Rahmatullah.. aku ni sebenarnya buta  perihal Komputer dan ICT  tapi aku rajin belajar dari kawan-kawan Alhamdulillah dapat lah aku menyiapkan Blog yang serba kekurangan

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...