Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 13 December 2009

LORI TANGKI REMPUH RUMAH


Tiga terbunuh lori tangki rempuh rumah




12/12/2009 12:17pm
JELEBU 12 Dis. –Tiga terbunuh termasuk dua beradik apabila sebuah lori tangki minyak terbabas dan merempuh sebuah rumah menyebabkan ia hangus terbakar di Kampung Batu Ulu Klawang, Batu 18 di sini pada pukul 8.39 pagi ini.
Ketua Balai Bomba Jelebu, Adzhar Che Onn berkata, mereka yang terbunuh ialah pemandu lori syarikat MISC Integrated Logistic Sdn. Bhd., Shamsul Kahar, 36, serta dua beradik iaitu Anisah Hanapiah, 14, dan Mohd. Hafiz Hanapiah, 7.
“Dua beradik itu rentung selepas terbakar dan ditindih pecahan batu akibat rempuhan tersebut.
“Mayat kedua-dua beradik itu ditemui pada pukul 10.20 pagi manakala mayat pemandu yang 60 peratus terbakar ditemui tercampak berhampiran pagar luar rumah yang hangus itu pada pukul 9 pagi,’’ katanya.
Ketika kejadian, ibu dua beradik malang itu, Mariani Cembeng, 45, tiada di rumah kerana menghadiri mesyuarat di kawasan berhampiran.
“Lori tersebut turut merempuh sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan sebelum terbabas di tebing setinggi empat meter dan merempuh rumah yang terletak di tepi tebing berkenaan,’’ kata beliau.
Jelasnya, 15 anggota bomba dan penyelamat dari Jelebu dan Seremban diketuai Timbalan Penguat Kuasa, Zakaria Amat dan Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Khairul Azwan Ibrahim berjaya memadamkan kebakaran dalam tempoh satu jam. – Utusan












KANGAR: Seorang pengantin lelaki yang baru Empat jam bernikah adalah antara empat orang yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan pertembungan sebuah kereta dan bas di kilometer 7, Jalan Kangar-Padang Besar semalam.Timbalan Ketua Polis Perlis, ACP Zull Aznam Harun berkata, pengantin yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 1.05 tengah hari itu dikenali sebagai Mohd Ariff Abdul Kadir, 23, seorang jurutera.Turut terbunuh ialah ibu bapa Mohd Ariff iaitu Abdul Kadir Awang, 53, dan Aspah Osman, 58 serta seorang jurugambar, Mohd Farhan Musa, 18, yang juga rakan Mohd Ariff.  
TAKZIAH BUAT KELUARGA MANGSA.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...