Tahun baru 2010 akan menjelang tinggal beberapa jam lagi,seperti biasa kita kat malaysia tak ketinggalan untuk menyambutnya...mungkin banyak program yang disediakan yang pasti hiburan yang melalaikan dan percampuran lelaki dan perempuan purata anak-anak bangsa kita MELAYU yang semakin layu ..bukan aku anti melayu kerana aku juga orang melayu tapi bukan melayu seperti ini.
Purata pemimpin-pemimpin kita kat malaysia ni sebangsa dengan aku.. sepatutnya sedar akan tanggung jawab kita sebagai orang islam jangan terlalu ghairan memberi sogokan hiburan yang melalaikan kepada anak bangsa kita kerana mereka ni bakal menjadi pelapis dan pemimpin di masa akan datang. Sedih aku bila melihat anak bangsa aku semakin hari semakin leka dengan hiburan dan terlalu banyak progran realiti yang disediakan kat tv rata-rata umat melayu akulah yang menjadi peserta sebutlah apa saja program mentor ke mentol ntah apa-apa lagi ada ler anak-anak melayu. Sedih ibubapa bila anaknya gagal menjadi juara dalam nyanyian sampai menangis-nangis tapi bila anak tak sembahyang,ngaji Quran tak pulak rasa bersalah......apa-apa pun sambutan tahun baru pada tahun ini terkena pula pada malam jumaat dan satu peristiwa lain yang jangan kita pandang remeh iaitu .gerhana bulan dan patut diambil iktibar disebalik kejadian tersebut adakan solat hajat gerhana semoga tahun baru ini dijauhi dari bala dan bencana dan jangan cemari malam ini dengan program mungkar
Your signature ID: 54487-396-BFFDA44A53A682D4D62DF9F22CF44799
Please copy the ID or save this page to use the signature in future.
Want us to animate this signature?
Want to download this signature?
Want to use this signature?
No comments:
Post a Comment