Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 31 March 2010

JAHILLIAH MODEN

Satu demi satu bala yang menimpa kat negara kita belum pun reda krisis politik,H1N1,mat rempit dan macam-macam lagi timbul bala baru...membunuh nyawa yang tak berdosa...membuang bayi dan hari ini aku dengar kat THR bilangan yang dapat dikesan di seluruh malaysia seramai 15 orang ..tu yang diketahui sahaja tak tahu la yang lain-lain.Kalau dahulu anak perempuan sahaja yang ditanam hidup-hidup tapi sekarang tak mengira jantina dan dahulu perempuan jahat akan mencari pasangan dengan cara mengibarkan bendera merah kepada mereka yang sanggup menidurinya...seramai mungkin..apa beza dengan remaja wanita sekarang malah lebih teruk dari itu.
 Kejadian gejala sosial kat negara kita begitu ketara..tapi ada suara sumbang yang mengatakan belum sampai ketahap yang membimbangkan...kita nak tunggu bila... nak tunggu sampai kiamat bila dunia ni dah hancur dan kita semua besoal jawab dengan Allah Taala kerana gagal menjalankan syariat yang ditetapkan oleh islam dan kita menjalankan undang-undang mengikut acuan kita sendiri dan barang siapa yang gagal melaksakan syariat Allah maka  tunggulah  azab dan laknat Allah.Segala kejadian dan gejala sosial yang berlaku berkait rapat dengan  kegagalan kita menjalankan hukuman mengikut kehendak islam.Sejauh mana kita dapat menilai dan merenung kejadian ini bergantung pada tahap keimanan kita..kita sering leka dan alpa kerana terlalu banyak hiburan yang disajikan tanpa batasan,pergaulan terlalu bebas seolah-olah tidak berugama...aku menjadi hairan dan timbul tanda-tanya dikala ini ramai ustaz-ustaz dan para pendakwah yang mengajar ugama kat mana-mana sahaja tapi maksiat makin berleluasa di mana yang tak kena...kita inginkan agama pada tiga tempat sahaja..

AWAS KAKI ROKOK !

"(AAP) CIGARETTES may contain traces of pigs' blood, an Australian academic says with a warning that religious groups could find its undisclosed presence "very offensive".

University of Sydney Professor in Public Health Simon Chapman points to recent Dutch research which identified 185 different industrial uses of a pig - including the use of its haemoglobin in cigarette filters.

Prof Chapman said the research offered an insight into the otherwise secretive world of cigarette manufacture, and it was likely to raise concerns for devout Muslims and Jews.

Religious texts at the core of both of these faiths specifically ban the consumption of pork.

"I think that there would be some particularly devout groups who would find the idea that there were pig products in cigarettes to be very offensive," Prof Chapman said today.

"The Jewish community certainly takes these matters extremely seriously and the Islamic community certainly do as well, as would many vegetarians.

Monday 29 March 2010

JOM HEBOH KELANTAN


Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah

WAN NIK WAN YUSSOF: Jom Heboh Kelantan santuni misi ekonomi-dakwah
11 Rabiulakhir 1431H.
Wan Nik Wan Yussof


Penghujung tahun lalu, Karnival Jom Heboh TV3 telah diadakan di Stadium Bukit Jalil pada 4,5 dan 6 Disember 2009. Seperti biasa Jom Heboh yang dimuatkan dengan acara hiburan, promosi perniagaan dan beli belah. Pun begitu, acara yang sentiasa mendapat sambutan hangat adalah biasa dikenali sebagai rancangan hiburan melibatkan pelbagai lapisan artis. Namun, tidak kurang juga sambutan ribuan orang ramai kepada konvensyen jutawan, gerai promosi Malaysian Biotechnology serta jualan pelbagai jenama perkhidmatan telefon selular.


Sehubungan itu, Jom Heboh lebih popular sebagai karnival hiburan, walaupun kandungannya bersifat berimbang antara matlamat hiburan dengan perniagaan. Dalam menangani soal ini, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pernah menegur penganjuran Sure Heboh (lihat Malaysiakini.com, 30 Julai 2004) sebagai program hiburan yang melampau mengundang pelbagai kesan maksiat.

Sunday 28 March 2010

MESYUARAT PIBG BUKAN MEDAN POLITIK

Suatu perkara yang aku nak cakap rasa tak puas hati aku dan ibubapa lain tapi ramai yang tak puas hati kat aku.. ..tapi aku mohon maaf kat kawan-kawan aku yang jadi ibu guru dan bapa guru semua.Setiap tahun bagi yang ada anak maka akan diminta hadir beramai-ramai ke mesyuarat PIBG bukan BCG..persoalan bukan aku dan ibu bapa tak nak datang tapi tak tahan karenah wakil yang dijemput biasanya wakil dari parti UMNO khususnya....untuk pengetahuan Tuan Guru Besar bukan ibu bapa tak nak datang...tapi dah jadi lain..jadi ceramah politik..dikutuk nya sianu-siani..yang hadir bukan penyokong UMNO sahaja ada penyokong parti lain itu kena ingat...mesyuarat PIBG ni setahu aku tempat untuk menyelesaikan permasalah atu mengemukakan cadangan untuk kebaikkan dan mutu pelajaran anak-anak kita dan lain-lain hal yang bersangkutan..tapi bukan semua wakil yang macamni ada yang bagus..aku kalau yang baik aku cakap baik....tapi Jarang-Jarang ada yang macam ni.

ceramah agama



KEMALANGAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera...ada kejadian yang berlaku semasa aku balik dari kerja dan semua orang tak nak perkara ni berlaku tapi ia tetap berlaku..kemalangan.....setiap kejadian ada sebab dan musabab tapi itu adalah asbab sahaja atau punca yang menyebabkan suatu kejadian.Peristiwa ni berlaku lebih kurang pukul tujuh lebih  ...pada awal nya aku nak balik ikut jalan lain tapi aku tengok ramai orang...rupanya ada kemalangan dekat simpang nak masuk ke perumahan Taman Mesira dan memang kerap berlaku kat kawasan ni.Kemalangan tersebut yang membabitkan dua buah motosikal...menurut apa yang diceritakan salah sebuah mosikal datang dari arah Kota Jembal dan nak masuk ke perumahan...tiba-tiba datang sebuah motor lagi dari arah yang sama melanggar mangsa..itu kata orang tapi aku tengok yang dah lepas berlaku...

Thursday 25 March 2010

USER MANUAL


Assalamualaikum dan salam sejahtera,sebagaimana yang kita semua al-maklum kita selalu dengar dan mungkin kita pernah baca user manual atau service manual.Kita beli barangan elektrik dia bagi user manual ..kita beli kereta pun dia bagi juga benda ni,guna benda alah ni untuk memudahkan  kita bagaimana nak pakai atau guna barangan tersebut.Kita ambik contoh kereta la...kita kena tahu kat mana nak isi petrol,kat mana nak isi minyak hitam,kat mana nak taruk air dan bermacam-macam lagi lah.
  Kalu kita tak baca terlebih dahulu alamaknya hancur-boncai la jadi nya..kau bayangkan lah kat tangki minyak kau taruk air,kat tangki minyak hitam kau taruk minyak gear bagaimana jadi agaknya..kenapa jadi demikian ..sebab kau tak baca user manual terlebih dahulu itu pasal jadi camtu.Aku bagi contoh macam tu supaya kita mudah faham...yang aku nak citer ni benda lain..pasal kita ..pasal manusia..ceritanya pun sama.Al-Quran...Al-Quran ni lah yang jadi user manual kat kita yang bernama manusia toksah cari benda lain dah,kat dalam Al-Quran terkandung segala-galanya...soal kehidupan,politik,makan minum,halal-haram dan sebagainya..pasal apa manusia rosak..pasal tak baca Quran dan kalau baca pun tak ikut apa yang dikatakan kat dalam Al-Quran.Semakin hari semakin rosak akhlak orang-orang islam yang halal jadi haram,yang haram dah jadi halal..kita tengok sapa peduli..berapa kerat yang ambik kesah.Tengok program kat tv orang bangsa apa yang ramai menyertai.sebut lah mentol,akademik fantasia dan apa-apa yang sial lagi .tentulah anak-anak orang melayu dan berugama islam...sedih dan malu aku dibuatnya dan yang lebih malang mak bapa siap menangis kalau anakny gagal menjadi juara..kita menangis kalau anak kita gagal dalam peperiksaan tapi kita tak menangis bila anak kita dedah aurat,kita tak menangis kalau anak kita tak sembahyang ,tak tahu baca Quran malang  sungguh kehidupan orang islam sekarang berlumba-lumba mencari kemewahan dan harta dunia dan sesungguhnya bukan salah mencari kekayaan malah menjadi tuntutan tapi biarlah seiring dengan kehendak islam.

Saturday 20 March 2010

KURNIAAN ALLAH

Assalamualikum  dan salam sejahtera semua,seperti yang kita semua maklum anak ialah harta pemberian Allah sebagai ujian... terpulang kepada kita untuk mencorakkannya baik atau buruk dan kerana anak juga kita boleh ke neraka jika kita tak memberi pendidikan agama  yang secukupnya.Kita disuruh memberi pendidikan agama kepada anak kita sejak didalam kandungan lagi..bagaimana?

APA YANG KITA RASA?


Rabu , 17/03/2010 – Pada hari Selasa Ahad (14/3), berpuluh-puluh tentera Zionis menceroboh bahagian selatan masjid al-Aqsa dan bertindak menghalau kira-kira 20 orang yang sedang beriktikaf dan sembahyang di dalamnya menggunakan kekerasan, sehingga menyebabkan beberapa orang yang bertahan di dalamnya mengalami kecederaan.

Wednesday 17 March 2010

CUTI LAGI...

Assalamualaikum semua,nampak nya cuti lagi la kita tapi bukan semua cuti...guru dan murid je yang cut dan yang lain tu numpang je .Cuti penggal pertama persekolahan dah bermula tak lama seminggu je..cuti-cuti macam ni selalu aku keseorangan semua bini dan anak-anak dah balik kampong kecuali aku apa nak buat tak boleh balik kenduri jenuh(banyak ) dimusim cuti begini ada yang bertiket ada yang free so...kena laya la semua tu.Sebut pasal kenduri kat kelantan ni memang meriah la..memang meriah ramai sanak- sedara dan jiran yang datang menolong tak kira yang jauh ke yang dekat..kenduri kat kelantan ada dua  fasa,ceh macam elektrik pula ada fasa-fasa..fasa yang pertama makan free je kenduri sambil buat kesyukuran dan fasa kedua ni berbayar beb..bukan apa kenduri ni banyak keluar modal tambahan sekarang barang semua naik.Kat kelantan ni kenduri kita panggil BEKWAH orang putih cakap BIGWASH kenapa jadi macamni yang dimaksubdan BIGWASH kerana banyak yang kena basuh pinggan -mangkuk ,periuk belangga bisa kat kelantan jarang orang guna pinggan kertas kita guna pinggan  yang ori jadi kena la basuh lepas makan..sebab orang lain pula nak makan....

Tuesday 9 March 2010

MENGHAYATI KEBESARAN ILAHI

Petang kelmarin selepas tutup kedai kawan aku ajak la aku pergi beli ikan di tempat pendaratan ikan di kg. Kemayang  Tawang jadi lepas beli ikan aku ambil la gambar-gambar ni....indah sungguh ciptaan Allah tapi tangan-tangan durjana manusia yang merosakkan alam ini.....

BERPELUK DALAM KHAYAL


Oleh AHMAD SHAHRUL NIZAM MUHAMMAD
ahmadshahrul@hmetro.com.my
2010/03/07

KUALA LUMPUR: Penahanan lebih 20 pasangan kekasih beragama Islam dalam keadaan khayal serta berpelukan dan melakukan mukadimah zina ketika serbuan pihak berkuasa di sebuah pusat hiburan eksklusif dekat sini, membongkar pembabitan seorang artis terkenal yang dipercayai menjadi dalang kepada kegiatan tidak bermoral di situ.
Menurut sumber Jais, serbuan mengejut itu menyebabkan sebahagian pengunjung beragama Islam bertempiaran lari menggunakan pintu belakang bagi mengelak ditahan kira-kira 20 anggota penguat kuasa.

Saturday 6 March 2010

TIDAK AKAN MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...