Satu demi satu bala yang menimpa kat negara kita belum pun reda krisis politik,H1N1,mat rempit dan macam-macam lagi timbul bala baru...membunuh nyawa yang tak berdosa...membuang bayi dan hari ini aku dengar kat THR bilangan yang dapat dikesan di seluruh malaysia seramai 15 orang ..tu yang diketahui sahaja tak tahu la yang lain-lain.Kalau dahulu anak perempuan sahaja yang ditanam hidup-hidup tapi sekarang tak mengira jantina dan dahulu perempuan jahat akan mencari pasangan dengan cara mengibarkan bendera merah kepada mereka yang sanggup menidurinya...seramai mungkin..apa beza dengan remaja wanita sekarang malah lebih teruk dari itu.
Kejadian gejala sosial kat negara kita begitu ketara..tapi ada suara sumbang yang mengatakan belum sampai ketahap yang membimbangkan...kita nak tunggu bila... nak tunggu sampai kiamat bila dunia ni dah hancur dan kita semua besoal jawab dengan Allah Taala kerana gagal menjalankan syariat yang ditetapkan oleh islam dan kita menjalankan undang-undang mengikut acuan kita sendiri dan barang siapa yang gagal melaksakan syariat Allah maka tunggulah azab dan laknat Allah.Segala kejadian dan gejala sosial yang berlaku berkait rapat dengan kegagalan kita menjalankan hukuman mengikut kehendak islam.Sejauh mana kita dapat menilai dan merenung kejadian ini bergantung pada tahap keimanan kita..kita sering leka dan alpa kerana terlalu banyak hiburan yang disajikan tanpa batasan,pergaulan terlalu bebas seolah-olah tidak berugama...aku menjadi hairan dan timbul tanda-tanya dikala ini ramai ustaz-ustaz dan para pendakwah yang mengajar ugama kat mana-mana sahaja tapi maksiat makin berleluasa di mana yang tak kena...kita inginkan agama pada tiga tempat sahaja..
1-Ketika kita dilahirkan.
semasa kita dilahirkan ibu-bapa kita sibuk mencari ulama yang disegani untuk upacara membelah mulut
selepas seminggu kita dilahirkan(mengcukur jambul) dan memberi nama .
2-Selepas menempuh alam remaja maka tibalah saat yang dinantikan masa untuk berkahwin..sekali lagi kita
mencari alim ulama ..tuan iman ...dan apa yang kita isi,apa yang kita buat ditengah-tengah masa...sebelum
kita dijemput.
3-Pada hari kematian kita.
Semasa kita mati maka sekali lagi kita inginkan kepada agama..kita mencari alim ulama untuk sembahyang
jenazah dan mengiringi jeazah kita kekubur maka berakhir lah hidup kita.
Ingatlah mati itu datang pada bila-bila masa jangan guna pakai ungkapan ini''Masa muda kita enjoy dulu dan tua kita tobat lah''adakah kita boleh pasti bila kita mati,adakah kita pasti kita hidup sampai ketua..entah selepas ini.esok atau lusa kita akan mati..dan jadikanlah kita diantara orang yang selalu mengingati mati....
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)
1 comment:
salam...
moga ia jadi panduan buat diriku dan seluruh umat islam....kembali kepada quran dan sunah..
Post a Comment