Assalamualaikum semua,nampak nya cuti lagi la kita tapi bukan semua cuti...guru dan murid je yang cut dan yang lain tu numpang je .Cuti penggal pertama persekolahan dah bermula tak lama seminggu je..cuti-cuti macam ni selalu aku keseorangan semua bini dan anak-anak dah balik kampong kecuali aku apa nak buat tak boleh balik kenduri jenuh(banyak ) dimusim cuti begini ada yang bertiket ada yang free so...kena laya la semua tu.Sebut pasal kenduri kat kelantan ni memang meriah la..memang meriah ramai sanak- sedara dan jiran yang datang menolong tak kira yang jauh ke yang dekat..kenduri kat kelantan ada dua fasa,ceh macam elektrik pula ada fasa-fasa..fasa yang pertama makan free je kenduri sambil buat kesyukuran dan fasa kedua ni berbayar beb..bukan apa kenduri ni banyak keluar modal tambahan sekarang barang semua naik.Kat kelantan ni kenduri kita panggil BEKWAH orang putih cakap BIGWASH kenapa jadi macamni yang dimaksubdan BIGWASH kerana banyak yang kena basuh pinggan -mangkuk ,periuk belangga bisa kat kelantan jarang orang guna pinggan kertas kita guna pinggan yang ori jadi kena la basuh lepas makan..sebab orang lain pula nak makan....
Aku nak citer sikit tentang kenduri kawan aku..kawan aku ni laki dia kahwin dengan orang tanah merah..di Kemahang,kita janji nak bertolak pukul 12.00 alih-alih dah jadi pukul 13.00...maka berangkat lah semua dalam 13 buah keta maka sampai lah kat sana pukul 2.15..berhenti sembahyang zohor kat masjid kemahang ,lepas sembahyang mula bertolak ke Felda Kemahang..aku ikut la keta kat depan aku..ingatkan tahu kat mana rumah pengantin perempuan rupanya hampeh sesat berpusing-pusing rupanya kat Kemahang satu je..
Kaki bedal semua ni..bukan kaki pukul....
Ambo makae dua pingge...dua ni jah...
Makan.. jangan tak makan.....
Dah la kenyang sempat lagi makan buah tembikai..
4 comments:
Best ni makan free ke...
Ini bertiket la bro...
wahh..kenduri kat malaysia skg ni pun ada yg berbayar jg..ingatkn kat luar negara je kena bayar...
Lama dah ada,sejak dulu2..tapi sekarang ni orang dah sedar..ambik yang wajib-wajib je...
Post a Comment