Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 5 January 2011

HADIAH TAHUN BARU UNTUK RAKYAT DIDAHULUKAN

Assalamualaikum semua,rakyat didahulukan pencapaian di utamakan begitulah bunyi slogan dan sedap bunyinya...ingat lepas selesai persekolahan 2011 tak ada dah bebanan baru tup..tup petrol naik pulak dah 10 sen tak banyak tu dan lepas ni kata kementerian minyak tak akan naik dah itu lah yang diaorang selalu cakap,bagi aku dok kat kampong 10 sen ni besar aku tak makan gaji tak ada peluang merasa kenaikkan gaji setakat kerja kampong berapa sen sangat lah dapat itupun tak menentu kalau hujan tak kerja,susah lah macam ni

banyak bebanan yang kena pikul yuran sekolah anak pun belum bayar  lagi inilah yang dikatakan nak bela nasib melayu...

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam tadi, kata Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.
Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.
Hashim yang dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai kenaikan harga kedua-dua minyak tersebut oleh pihak berkuasa malam tadi.

Kali terakhir harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter.


No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...