Mayat bayi yang lengkap berpakaian itu ditemui pada 10 pagi oleh seorang suri rumah, Supik Satun, 43, dalam sebuah kotak di hadapan rumahnya ketika beliau hendak membuang sampah.
ANAK ADALAH AMANAH ALLAH (GAMBAR SEKADAR HIASAN)
"Pada mulanya saya ingatkan dalam kotak itu sampah tetapi selepas membukanya saya dapati mayat seorang bayi perempuan. Terkejut dengan keadaan itu saya lantas memanggil jiran saya yang berada di dalam rumah untuk menentukan sama ada ia bayi atau anak patung," katanya.Jiran Supik, Suntari Manaf, 46, berkata beliau segera ke tempat pembuangan sampah itu selepas dipanggil oleh wanita berkenaan.
"Saya yang diberitahu ada bayi pada mulanya tidak percaya dengan perkara tersebut, namun setelah melihatnya akhirnya saya terkejut dan segera menelefon polis," kata Suntari yang bekerja sebagai pemandu teksi.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman, ketika dihubungi berkata pihaknya ada menerima laporan mengenai kes tersebut.
Beliau berkata, mayat bayi itu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan polis sedang mengesan ibu bapa bayi berkenaan. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment