Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 31 July 2011

IRAMA BIOLA ILHAM BUNUH 76 MANGSA



Breivik turut telan streroid, pil 
OSLO: Fanatik Kristian sayap kanan Norway, Anders Behring Breivik mendengar irama gesekan biola Lux Aeterna oleh Brit Clint Mansell pada nada paling maksimum menerusi iPod ketika membunuh 76 orang dalam 90 minit ketika latar belakang peribadinya mula didedahkan kepada umum.
Beberapa jam sebelum serangan, Breivik memberitahu dia mendengar lagu bertenaga berulang kali dan menelan steroid dan pil enphedrine untuk menyalakan kemarahan yang meluap dalam dirinya.“Saya memasang bunyi paling kuat dalam iPod untuk menghilangkan perasaan takut. Saya dengar lagu ini beratus kali dan tidak bosan dengannya. Ia memberikan inspirasi dan menyemarakkan kemarahan dalam diri,” katanya. 

Dalam Lord of the Rings, lagu ini dimainkan ketika aksi peperangan utama. Breivik melancarkan serangan berdarah menggunakan raifal separa automatik Ruger Mini 14 untuk membunuh mangsanya tanpa belas kasihan. 

Malah, pendedahan lelaki berusia 32 tahun mencampurkan peluru ‘dum dum’ yang dibelinya dengan nikotin asli beracun. Breivik hanya perlu cederakan mangsa yang mati kerana racun itu. 

Dalam diari bertarikh Oktober-November 2010, Breivik menulis: “Saya pesan 50 mililiter nikotin daripada pembekal China, 99 peratus dalam bentuk cecair. Tiga hingga empat titik akan disuntik dalam lubang kecil di peluru menjadi senjata kimia,” katanya. 
Dia berlatih menggunakan raifal di lapang sasar yang dikendalikan Kelab Menembak Oslo. Dia dilaporkan menembak mangsa dari jarak jauh ketika melakukan pembunuhan di Pulau Utoya. 

Breivik juga menggunakan pistol Glock untuk menembak sasaran dari jarak dekat selain turut memiliki senapang patah dan raifal .308, sama jenis dengan AK47. 

Laporan juga mendedahkan kehidupan Breivik dalam beberapa gambar termasuk ketika belajar di Sekolah Smestad pada usia tujuh, 11 dan 13 tahun. 

Gambar lain menunjukkan Breivik sebagai remaja dalam jubah dan gambarnya berparti bersama rakan dan berseronok dengan beberapa gadis. 

Selain itu, gambar Breivik ketika parti Krismas bersama keluarga pada 2005, kelihatan tenang di meja penuh gelas arak yang kosong. Ketika remaja, Breivik pernah berbisik kepada rakannya yang dia mahu menjadi kaya dan terkenal. 

Pada awal 20-an, anak lelaki keluarga kelas pertengahan itu hilang sedikit kekayaannya berikutan kejatuhan saham dan pelaburan kira-kira £220,000 (RM1.6 juta). 

Malah, Breivik dikatakan menjalani pembedahan plastik untuk menarik perhatian wanita tetapi gagal. 

Bekerja sebagai model sambilan, dia pernah ke Amerika Syarikat ketika berusia awal 20-an menjalani pembedahan plastik untuk mengubah hidung, dagu dan dahinya. 

“Breivik sangat puas hati dengan pembedahan itu. Dia berkata wajahnya sempurna berikutan sudah diperbetulkan dan akan membantunya mendapatkan wanita, tetapi dia tetap kesepian,” kata seorang rakannya. – Agensi 

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...