Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 2 July 2011

BLACK WATER


KLANG: Tindakan licik kumpulan curi kereta mewah yang didalangi sindiket Black Water mengisytiharkan barangan dalam kontena berisi kereta curi sebagai perabot akhirnya tumpas apabila polis merampas 98 kenderaan mewah bernilai kira-kira RM8 juta di sebuah gudang, di Kampung Black Water, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, serbuan itu yang terbesar bagi tempoh dua tahun berhubung kes curi kenderaan mewah.Dalam serbuan kira-kira jam 4 petang itu, empat lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun turut ditahan ketika sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Curi Kenderaan (D4) menyerbu gudang di Jalan Black Water off Jalan Klang-Banting, itu.


“Serbuan dilakukan polis Bukit Aman dengan kerjasama polis Selangor selepas kami menjalankan risikan selama tiga minggu di gudang terletak di Kampung Black Water apabila mendapat maklumat awam.
“Pemeriksaan lanjut di gudang itu menemui 98 kenderaan pelbagai model jenama Toyota dan Honda termasuk yang sudah disimpan di dalam kontena,” katanya pada sidang akhbar, di lokasi serbuan di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah; Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah dan Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop.



Mohd Bakri berkata, kenderaan model Toyota ialah Hilux 22 buah; Rush (enam) dan sebuah Fortuner, manakala model Honda pula City 59 buah; CRV (tujuh); Civic (dua) dan sebuah model Accord.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap empat suspek warga tempatan mendapati dua daripada suspek berkenaan mempunyai rekod jenayah dan sindiket bergerak aktif di seluruh negara terutama di Lembah Klang sejak Jun tahun lalu.
Polis turut memecahkan kunci untuk membuka lima kontena berisi 24 kenderaan mewah yang siap untuk dihantar ke Pelabuhan Klang sebelum di seludup keluar.

Sesebuah kontena itu boleh memuatkan empat atau lima kenderaan dengan tayarnya ditanggalkan terlebih dulu dan diisi dalam but kenderaan.

Mohd Bakri berkata, berikutan penemuan itu, polis percaya dapat menyelesaikan 98 kes curi kereta di sekitar Lembah Klang.

“Sindiket dipercayai mempunyai rangkaian besar mempunyai peranan masing-masing seperti ‘jokey’ atau pencuri, penyimpan, penghantar serta pengedar.

“Siasatan lanjut bersama polis bantuan Pelabuhan Klang turut mendapati sindiket sudah membuat penghantaran ke luar negara sekurang-kurangnya 456 kenderaan curi bernilai kira-kira RM49 juta menggunakan 114 kontena melalui pelabuhan itu dan mengisytihar di borang Kastam (K2) bahawa barangan dalam kontena itu sebagai perabot.

“Kenderaan curi dihantar ke Hong Kong, Thailand, Dubai dan Cyprus. Siasatan mendapati penghantaran terakhir dibuat pada 24 Jun lalu ke Cyprus menerusi Israel membabitkan 25 kereta Honda City,” katanya.

Beliau turut menyatakan ketua sindiket berkenaan sudah dikenal pasti, namun enggan mengulas lanjut kerana masih dalam siasatan.

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...