Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday, 27 July 2011

4 HARI HILANG AKHIRNYA DITEMUI MATI DI PATTAYA


KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia yang menuntut di Jepun dan dilaporkan hilang oleh keluarganya selama empat hari akhirnya terjawab dengan penemuan mayatnya beribu kilometer dari tempat dia dilaporkan hilang.

Muhammad Syafiq Abu Ani, 25, dari Batu Pahat, Johor ditemui mati akibat terjatuh dari sebuah kondominum di Pattaya, Thailand, 23 Julai lalu.
Menurut laporan akhbar dalam talian, pattayaone.net, siasatan polis Thailand mendapati mangsa jatuh dari tingkat 14, Niran Grand Condominium di Soi Arunothai, berdasarkan penemuan barangan peribadi mangsa termasuk selipar dan tiket penerbangan balik ke Malaysia di sebuah unit di aras berkenaan.

Butiran tiket menunjukkan mangsa sepatutnya kembali ke Malaysia sehari sebelum penemuan mayatnya.

Penghuni kondominium itu juga mendakwa tidak mengenali mangsa dan sebab kehadirannya di Thailand masih dalam siasatan polis.

Berdasarkan laporan itu, siasatan awal polis mendapati mangsa dipercayai membunuh diri namun siasatan lanjut akan dilakukan dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Bangkok. Sementara itu jurucakap Wisma Putra mengesahkan kematian mangsa.





BACA LAGI BERITA DIBAWAH




A Malaysian resident has fallen to his death at a condominium in Central Pattaya. Police and rescue workers were called to the Niran Grand Condominium in Soi Arunothai on Saturday and were directed to a car parking area and to the body of Mr. Muhammad Syafiq Bin Abu Ani aged 25. The trauma suffered was consistent with a fall from a high floor and it was determined he had fallen from the 14th floor where a bag of clothes and the victim’s sandals were found along with a plane ticket which indicated Mr. Muhammed was due to fly out of Bangkok to Kuala Lumpur on Friday 22nd, the day before the fall. Nobody knew of Mr. Muhammed who is not thought to be a resident at the condominium and although indications suggest this was a suicide, Police will liaise with the Malaysian Embassy in Bangkok first to determine any reasons behind him missing his flight and to learn more about his background.







11 comments:

syaz@rozelt said...

uihh..kalau nak bunuh diri pon, mati la ddekat m'sia..senang nak uruskan jenazah..huhu

MOBYDICK said...

Tak tau nak kata aper,apa masalah agaknya yer...

eUphoRia lady said...

dia teman rapat adik saya.. xrasa dia bunuh diri.. orangnya baik dan tenang..berasal dr keluarga yg menitikberatkan pendidikan agama dan terpelajar.. lagipun mcm xlogik lak dia pergi bangkok utk bunuh diri... ??? semoga kebenaran akan kita ketahui akhirnya..

fexer said...

Jangan cakap sembarangan syaz@rozelt.. arwah sahabat aku! ni bukan bunuh diri. Allah saje yang tahu.

MOBYDICK said...

OOO..macam tu,kita doakan semoga dapatlah dicari puncanya..

Anonymous said...

dia anak kepada kenalan saya..ya Allah,tuhan sahaja yang tau betapa sedih bapanya..ibunya telah kembali ke rahmatullah beberapa bulan yang lepas.. ada yang tak kena ni..sedih rasanya.. janganlah cakap dia ni bunuh diri..moga kebenaran terbukti..

Anonymous said...

dia rakan sekelas sy di sekolah..tidak mungkin dia bunuh diri,agamanya tinggi dan cerdik.ada konspirasi disebaliknye

student lme said...

dugaan utuk cgu abu ani btimpa2..
al-fatiha utk arwh istri beliau dan ank ny syafiq..

MOBYDICK said...

Bersama kita doakan semoga terbongkar jua apa persoalannya...Al-fatihah untuk arwah..

pikot said...

jgn suka menuduh tanpa usul periksa...
setiap yg terjadi pasti ada sebab dan hikmahnya....
istighfar byk2...

Anonymous said...

dia dibunuh

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...