Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 25 July 2011

KEDAI LALAT BERUBAH WAJAH

Berkat pemerintahan TGNA bersama kerajaan Kelantan,seharusnya ramai yang membuka mata dan minda,jangan menidak-nidakkan  apa yang ada dan mampu dilihat oleh semua.Ayat-ayat yang celupar dan tak sedap di dengar sering di utarakan,antaranya "Kelantan mundur,Kelantan tiada
kemajuan" jangan terlalu celupar mulut tu,bawak-bawak lah mengucap.Banyak kemajuan dan pembangunan yang boleh kita lihat seandainya kita ini tidak buta,buta mata atau buta hati.Kalau ada kelapangan lawatilah negeri Kelantan,lihat sendiri perubahan,jangan dengar dari mulut orang dan media masa yang sentiasa memutarbelitkan hal-hal yang sebenar.



Pasar kedai lalat(Kota Jembal) sudah terkenal berabad-abad lamanya,tapi kali ini bakal berubah wajah,satu projek pembinaan Kompleks Pasar Kota Jembal sedang rancak di jalankan dan mengikut maklumat yang aku  dapat akan siap sepenuhnya pada bulan Mac 2012.Dengan terdirinya pasar ini maka terdirilah satu mercu tanda
bagi penduduk Kedai-Lalat.
Sedikit cacatan untuk projek ini,

Sebuah pasar baru bernilai RM3.25 juta bakal didirikan di Kedai Lalat, Mukim Tok Ku, Sering, dan dijangka siap menjelang Oktober 2011. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Datuk Ahmad Mahmood, sebanyak 44 unit gerai tetap berbumbung dan 80 lot petak niaga terbuka disediakan bagi kemudahan peniaga setempat yang akan beroperasi di situ nanti. Projek di bawah seliaan MPKB-BRI itu membabitkan pembinaan sebuah pasar bercirikan tradisional Kelantan yang lengkap dengan infrastruktur moden termasuk sebuah masjid.
Kompleks Pasar Kota Jembal itu akan didirikan di atas kawasan seluas 0.7 hektar berbanding tapak pasar asal yang hanya seluas 0.052 hektar. Tujuan utama mendirikan pasar ini adalah untuk memberikan keselesaan kepada kedua-dua pihak iaitu penjual dan pembeli. Tambahan pula, ia dapat mengelak kesesakan teruk di sekitar tapak asal yang berlaku sekarang sehingga mengganggu lalu lintas lebih-lebih lagi semasa Pasar Mingguan Pagi Jumaat apabila hampir 300 peniaga terpaksa bersesak-sesak di kawasan yang sempit.
Majlis Pecah Tanah Pasar Kota Jembal telah dirasmikan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pembinaan kompleks itu dilaksanakan syarikat kontraktor Baha Construction & Engineering Service dan proses penyediaan tapak dan tebus guna tanah sejak 2008 melibatkan kos awal sebanyak RM290,000 dan pasar itu juga akan dilengkapi dengan pentas serbaguna sebagai pusat aktiviti dan 158 petak tempat letak kereta bagi kemudahan pengunjung.
Dengan terbinanya pasar ini kelak, diharap ia dapat memberi keuntungan bukan sahaja kepada penjual bahkan juga pembeli yang dapat berurusan dengan sempurna. Pihak MPKB-BRI berharap agar peniaga yang akan beroperasi di sini berusaha menjaga kebersihan kawasan dan juga melangsaikan sebarang cukai yang dikenakan demi melunaskan tanggungjawab sebagai rakyat.

GAMBAR DAN SEBAHAGIAN TEKS TELAH DIAMBIL DARI:MUHAMMADISMAILIBRAHIM.WORDPRESS.COM

Membangun Bersama Islam-

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...