mengapa..mengapa...whyyyyyyy!!!!!...... lalu aku terjumpa jawapan pada persoalan ini.Isteri melayu menangis
sebab sedang memotong bawang dan bukan isteri melayu sahaja,pendek kata semua bangsalah.Kita bercakap
bukan tentang persoalan isteri melayu,tapi persoalan mengapa manusia bila memotong bawang selalu menangis.
Bawang seperti juga tumbuhan lain dicipta oleh Allah mengandungi sel,tapi sel bawang mengandungi unsur-unsur
sulfur.Bila kita menghiris bawang sel-sel yang mengandungi sulfur itu akan pecah dan akan melepaskan wap sulfur.
Sulfur mempunyai bau yang busuk,satu tindak balas kimia akan terhasil menyebabkan mata kita akan mengeluarkan cecair(air mata) untuk mencuci mata kita akibat dari pembakaran yang terhasil dari bahan kimia(ethylsufine).Selagi kita terus memotong bawang selagi itulah proses tindak balas tersebut terhasil dan mencurah-curah air mata yang keluar.Untuk menghindarkan masalah ini cuba potong bawang didalam mangkuk yang mengandungi air...selamat mencuba.
No comments:
Post a Comment