Cerita tentang bulan,kalau bulan bisa ngomong maka akan ada pelbagai cerita yang akan dikabarkan kepada kita,katanya bila bulan mengambang Pak Ngah lah yang balik, tapi ada diantara kita yang menunggu bulan jatuh keriba,tapi apa nak buat bila bulan jadi gerhana,jadilah kita seperti pungguk rindukan bulan."Bulan dan juga angin"ini diantara lirik lagu nyanyian Allahyarham Tan Sri P.Ramlee,pendek kata semua ini cerita tentang bulan.
ini rupa bulan sabit,adakah ianya seperti sabit
ini rupa bulan gerhana penuh,kalau kat Kelantan orang cakap "bulan sakit"
adakah bulan akan tetap mengambang,dah terus memancarkan sinarnya...
kenapa serigala sering menyalak panjang bila bulan purnama menjelang tiba,apakah serigala alahan dengan bulan ....tapi mukamu cantik macam bulan purnama,begtulah kiasan orang dahulu kala..
bersabarlah pungguk,akan tiba saatnya bulan akan datang jua,walaupun mungkin Pak Ngah tak akan balik-balik lagi,nama Pak Ngah akan kekal dalam ingatanku..
Tapi ada satu bulan yang kita tak akan pernah lupa,bulan sengsara kepada manusia yang bersahabat dengan syaitan,kini mereka sudah merasa sengsara,bimbang...lalu mereka berkata"bulan menyiksakan sudah datang,kat mana kita nak makan,kat mana kita nak sembunyi makan,aku tak larat nak puasa sebab aku ni pengidap gastrik,aku tak boleh puasa nanti aku mati.Tapi tidak bagi mereka yang beriman,mereka sambut dengan hati yang gembira kerana dipanjangkan usia untuk menikmati bulan yang mulia dan penuh dengan pahala...selamat menyambut bulan Ramadhan Al-mubarak...
No comments:
Post a Comment