Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday 18 July 2011

DR LO'LO KEMBALI KERAHMATULLAH



KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa dari Pas, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali meninggal dunia di Hospital Selayang, malam tadi akibat barah dialami dua tahun lalu.
Lo’ Lo’ yang juga anak bekas mufti Perak, Datuk Mohd Ghazali Abdullah dilahirkan di Kuala Kangsar, 2 Ogos 1957.

Beliau aktif dalam Dewan Muslimat Pas tetapi sejak 8 Mac 2008, menumpukan perhatian kepada parlimen Titiwangsa selepas menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Mohd Tahir.
-TAKZIAH DARI KAMI SEKELUARGA-

SOLAT JENAZAH DR LO' LO JAM 10.30 PAGI 
KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.
Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.
Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.
Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...