Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday 19 July 2011

HARGA SEBUAH KEJUJURAN

Jujur dan amanah adalah dua sifat yang begitu mulia dan sukar untuk dicari yang pasti ia tak dijual di pasar malam atau pasar raya,sifat ini dikenali juga sebagai  "sifat mahmudah" iaitu sifat yang terpuji.Mahmudah ada pasangan
nya iaitu "mazmumah" atau dalam bahasa melayu ialah sifat yang terkeji'.
Kedua-dua sifat itu akan lahir dari sekeping hati,jika baik hati maka baiklah pekerti dan  di sebaliknya.Dalam dunia yang serba maju dan tanpa sempadan menyebabkan manusia sudah menjadi lintang-pukang,bab jujur dan
amanah ni orang dah tak ambil hal,tapi dalam masa aku "dok pikiaq-pikiaq" rupanya masih ada lagi yang berhati
mulia.H,itulah pangkal namanya,kerja membanting tulang menjadi kuli kerja rumah batu,aset tak ada apatah lagi
handset,yang ada hanya basikal dan isteri.H,ni kahwin dah lama tapi tak ada anak... apa nak buat ,itu kerja Allah Subhanah Wataa'la,lalu dibelanya anak angkat.
                                  Pasar pokok pinang          
Setiap pagi H akan menunggu kawannya untuk tumpang pergi kerja,dia jarang kekedai kopi,dalam sebulan ada la
dua kali, itupun kerana tunggu kawannya yang tak datang-datang.Hari berganti hari,minggu berganti minggu.Pada
hari khamis dia pergi kerja seperti biasa dan hari khamis adalah hari yang mengembirakan bagi setiap orang yang kerja rumah batu,pada hari itulah diaorang dapat belanja,begitulah juga dengan H.Sementara tunggu teksi sapu atau kat Kelantan orang selalu panggil "prebet sapu",H berjalan-jalan dekat  stesyen kereta sewa dan menuju kearah Pasar Pokok Pinang(paun babi) dalam dok tinjau-tinjau tiba-tiba ia ternampak ada sesuatu kat tepi longkang,setelah diamati ianya berupa sebuah beg pinggang.H jadi gementar bila membuka beg tersebut,berkeping-keping duit kertas rm50 dalam bentuk yang banyak serta bil dan kad pengenalan,ditinjaunya
tapi tak seorang pun yang ada,lalu ia pulang kerumah.

Bila tiba dirumah mukanya agak pucat dan tak berkata apa-apa,isterinya jadi hairan.Setelah malam menjelma
barulah ia menceritakan pada isteriya.Ia bercadang untuk menghantar beg tersebut pada ke esokan hari tapi dibantah oleh isterinya,sebab kata isterinya mungkin tuan punya beg tersebut dah buat repot polis nanti ditangkapnya kerana di tuduh pula mencuri.Pada hari sabtu,minggu yang sama,pagi-pagi lagi H kebandar Kota Bharu,berdasarkan nama dan alamat yang tertera pada kad pengenalan maka ia berhasil menemui tuan punya beg
tersebut,untuk pengetahuan korang beg itu adalah kepunyaan lelaki berbangsa cina,lelaki cina tersebut sungguh
terpegun dengan kejujuran H,ia seakan-akan nak menyembah H.Kejujuran bukan menagih balasan,tetapi keran terimakasih dan terhutang budi lelaki cina tersebut telah memberi sejumlah wang yang agak besar jugak lah pada H,seraya berkata"kalau lu ada susah ka,mau pakai luit ka lu cali sama gua,gua mesti tolong sama lu",begitulah
erti dan nilai sebuah kejujuran yang sukar untuk ditemui pada hari ini.....

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...