Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 21 July 2011

SMS KEPALA HOTAK ,DARI SETAN BERJAMBUL


Jerat SMS gambar seksi

KEPALA BATAS: “Helo sayang, esok sudah nak bertolak, saya telah tinggal msj (mesej) gambar untuk kamu,” begitulah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) yang diterima seorang lelaki.

Bagaimanapun, SMS itu bukan dihantar isteri kepada suaminya tetapi dipercayai taktik terbaru pihak tertentu cuba mengaut keuntungan dengan cara mudah melalui kiriman pesanan berkenaan yang menawarkan gambar wanita seksi kepada pemilik telefon bimbit secara rambang.


Gambar sekadar hiasan

SMS itu sengaja dihantar dipercayai bagi memperdayakan lelaki melihat gambar wanita seksi membolehkan kredit panggilan mereka dipotong sebaik membalas SMS untuk pendaftaran.

Penerima SMS berkenaan yang mahu dikenali sebagai Zainal, 35, berkata, dia menerima beberapa mesej menawarkan gambar wanita memakai bikini dari beberapa nombor telefon bimbit tidak dikenalinya.
“Saya balas mesej seperti diarahkan kepada nombor 32*** dan mengejutkan apabila kredit dipotong RM4 sebaik mendaftar.“Beberapa hari kemudian saya dapat SMS sama daripada nombor berlainan menawarkan gambar wanita seksi.
Katanya, pada mulanya dia tidak mempedulikan SMS itu kerana menganggapnya seperti SMS yang menawarkan hadiah.

Menurut Zainal, dia belum membuat aduan kepada mana-mana pihak tetapi berharap pihak berkaitan dapat memantau syarikat telekomunikasi yang cuba memerangkap orang ramai melalui SMS.
“Bagaimanapun, gambar itu tidak diterima menyebabkan saya mengesyaki ia penipuan, pihak tertentu” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Seberang Perai Utara, Mohd Nasri Hassan berkata, taktik menghantar mesej kepada pemilik telefon bimbit itu satu bentuk penipuan.

“Kami belum menerima aduan berhubung perkara itu dan mereka yang menerima mesej seperti itu boleh membuat aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), kerana ia dibawah bidang kuasa agensi berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Operasi SKMM Wilayah Utara, Ismail Othman, ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memanjangkan isu itu kepada Forum Pengguna Malaysia untuk tindakan lanjut.
P/S:Ini beberapa isu yang cuba di ketengahkan oleh pengguna telefon bimbit,tapi macam isu kain buruk yang dah tak dipakai
       rasanya,sebab macam tak ada pemantauan oleh pihak berwajib,pihak pengeluar seperti Celcom,Maxis dan sebagainya
       macam tak ada ciri keselamatan jer,macamana maklumat pengguna boleh boleh sampai ke pengetahuan penyanggak..

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...