Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 18 May 2011

UBI KAYU AWANG HITAM


SHAH ALAM: Alasan dangkal dua ‘pelancong’ lelaki warga Nigeria mendakwa membawa ubi kayu dan keledek dikirim rakan di negara ini, membongkar penemuan 9.64 kilogram (kg)
syabu bernilai RM2.41 juta disorok dalam tanaman berkenaan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, ketika ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam serbuan berasingan, semalam dan Sabtu lalu, dua suspek terbabit masing-masing membawa beg plastik berisi ubi kayu dan keledek bersaiz gergasi.
Menurutnya, modus operandi menyorokkan dadah di dalam hasil pertanian itu dikatakan kali pertama dikesan di negara ini.

“Kes pertama pada 14 Mei lalu apabila Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik KLIA menahan suspek berusia 32 tahun di KLIA selepas curiga bungkusan beg plastik berisi ubi kayu dan keledek gergasi dibawa suspek.



“Pemeriksaan lanjut mendapati ada kesan potong yang ditutup dengan lumpur dan tanah. Selepas diperiksa, polis menemui bungkusan plastik dipercayai syabu dalam tanaman itu.

-HarianMetro-

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...