Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday 22 May 2011

FILEM SERAM LUCAH

Dewasa ini industri perfiileman terlalu banyak persaingan dan mungkin itu menyebabkan segelintir pengarah dari negara jiran kita indonesia mengubah teknik atau daya tarikan dengan membawa masuk "miyabi" atau
pelakon filem dewasa(lucah) sebagai tarikan.Seorang pelakon filem lucah negara Jepun telah berlakon dalam sebuah filem yang berjodol "penculikan miyabi", dia adalah ratu porno Jepun Maria Ozawa.Kemudian turut berlakon lagi dalam filem keduanya  yang berjodol "hantu tanah kusir"
Satu lagi kejutan dibuat apabila seorang pengarah bernama KK.Dheraj telah membawa masuk seorang pelakon filem porno dari Amerika yang bernama Tera Patrick yang membintangi filem "rintihan kuntilanak perawan".Filem ini tidak ditayangkan di Malaysia tapi telah dijual secara haram dalam bentuk dvd dan amat laris...
Lihat keratan akhbar Harian Metro hari ini:


IPOH: Pelbagai filem seram berunsur lucah dari negara jiran, Indonesia dikesan mula membanjiri pasaran tempatan dengan kebanyakannya menggunakan gambar model wanita pelakon lucah sebagai tarikan utama.
Difahamkan, filem dalam bentuk cakera padat digital (DVD) cetak rompak itu menggunakan khidmat pelakon lucah dari Amerika seperti Tera Patrick selain pelakon porno Jepun terkenal, Miyabi. 
Unsur erotik yang diketengahkan itu jelas dilihat pada kulit luar DVD cetak rompak itu apabila memaparkan pelakon separuh bogel dengan aksi mengghairahkan sebagai tarikan utama kepada pembeli.

Seorang peniaga yang dikenali sebagai Leong, 20-an, berkata, sambutan memberangsangkan terhadap filem seram atau hantu dari Indonesia itu menyebabkan anggota sindiket berlumba-lumba mendapatkan salinan dari negara berkenaan.



Menurutnya, setakat ini, terdapat 30 judul filem seram dari negara jiran dengan 80 peratus mempunyai unsur seks selain memaparkan gadis seksi sebagai tarikan utama.


2 comments:

Unknown said...

biasala.. nak untung ..

Blogger said...

Begitu lah nampaknya suasana hari ni...

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...