Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Wednesday 25 May 2011

SKODENG DAPAT DUIT

Macam-macam ada,skodeng pun boleh dapat duit.Skodeng atau mengintai biasanya dapat penumbuk atau pelempang,yer la kalau dah skodeng bini orang kalau dapat tangkap mesti kene pelempang kat laki dia.

Kawan aku ni seorang guru tapi part time hobi dia suka skodeng...apa tak puas lagi ke? bini dah ada dua,cukup-cukup la buat kerja tu.Tapi kata kawan aku nak berhenti buat apa sebab dibayar,aku tanya dia tak ada orang marah ke...dia kata orang tu suka jer siap posing lagi pastu peluk-peluk jer depan dia...hisss! giler apa.
Bulan Julai dah tak lama,kena pula musim cuti sekolah dan ramai la orang upah kawan aku ni supaya skodeng.Hidup kawan aku ni selalu senang,susah pun senang sebab nama dia Cik Gu Rosnan dan orang panggil dia Cik Gu senan...selalu senang.Sebenernya kawan aku ni kerja part time dia ambik gambar orang kahwin,kalau dulu guna kamera video tapi sekarang dah tak boleh cari makan kerana dah murah kerana ramai yang buat.Sekarang dia ambik gambar still foto dan kalau orang nak buat foto slide(Foto DVD) pun boleh jugak,maksudnya semua gambar yang diambil di copy masuk kedalam format DVD dan korang boleh main kat DVD player.
Peralatan untuk mengintai....
Bila tiba je musim cuti sekolah Cik Gu Senan dah tak senang duduk,tapi bukan susah malah bertambah senang walaupun nampak susah sebab tak sempat nak rehat.Memang dah jadi trend di Kelantan ni bila cuti sekolah ada la orang buat kerja "belaga pusat" malah dalam sehari ada sampai tujuh tempat kena pergi makan kenduri tapi tak bertiket dah, sebab semua orang dah ada kesedaran dan masa ni la orang-orang yang berada nak buat amal jariah dengan memberi orang makan rezeki pun makin bertambah.

Kelantan akan menjadi meriah dan sibuk dengan kenderaan kerana boleh dikatakan mereka yang berada diluar akan pulang kerana mengambil kesempatan cuti persekolahan.Tempat yang paling ramai semestinya Pengkalan Subur(Kubor) dan Pasar Siti Khadijah kerana disitulah destinasi untuk yang gemar membeli belah pakaian dan makanan.
Beginilah suasana di Pengkalan Kubor,syurga membeli-belah bagi mereka yang berduit.....
dan ini pula suasan di Pasar Siti Khadijah yang sentiasa meriah dan sibuk,makanan kering,basah dan buah-buahan memang jenuh la kat sini-Pastikan Ore Kelate Senyum Sokmo dan Come Lote....








No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...