KUALA LUMPUR: Dua beradik perempuan yang sedang asyik menari ‘tiang’ dengan aksi ghairah hanya mampu terdiam sebaik pusat hiburan itu diserbu masuk pihak berkuasa, malam kelmarin.
Dua beradik itu adalah antara lima yang ditahan dalam Ops Noda di pusat hiburan yang beroperasi di Solaris, Sri Hartamas, di sini.
Ketika serbuan yang dilakukan Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, dua beradik itu dikatakan sedang melakukan aksi mengghairahkan dengan menari pada tiang sebelum diarah turun.
Ketika serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, kelima-lima penari tiang terbabit hanya memakai bikini.
Dua beradik yang berasal dari Pantai Remis, Perak itu mendakwa mereka hanya bekerja sebagai penari tiang saja dan mampu mendapat bayaran mencecah RM300 semalam.
Pegawai Turus D7 IPK KL, Deputi Superintendan Azman Mohd Isa berkata, serbuan membabitkan dua pegawai dan tujuh anggota itu dilakukan selepas risikan dan intipan pihaknya mendapati wujud kegiatan berkenaan di pusat itu.
“Hasil pemeriksaan mendapati pusat hiburan ini sudah beroperasi sejak lima bulan lalu dan tidak mempunyai lesen.
“Kita berjaya menahan lima penari berusia antara 21 dan 31 tahun. Turut ditahan tiga pekerja lelaki dan seorang wanita dipercayai warga Bangladesh,” katanya.
Bagaimanapun, ibu ayam atau ‘mummy’ berjaya meloloskan diri sebaik menyedari kehadiran polis.
“Difahamkan, modus operandi yang digunakan adalah penari akan melakukan tarian di tiga pentas tiang yang terletak di sekeliling meja pelanggan.
“Pelanggan akan memilih penari yang disukai mereka dan memberikan ‘tip’ (upah) kepada mummy. “Mummy pula akan menyarungkan kalung bunga di leher pelanggan terbabit sebagai tanda sebelum penari itu turun dan memberi layanan kepada mereka,” katanya.
Azman berkata, ketika serbuan dilakukan, seramai 15 pelanggan terdiri daripada sembilan lelaki dan enam wanita sedang menyaksikan aksi ghairah penari itu.-HARIAN METRO-
No comments:
Post a Comment