Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday 10 May 2011

JANGAN DI TIUP API ITU..

Sehari dua ni heboh satu Malaysia pasal Dap nak jadikan Kristian sebagai agama rasmi mengantikan agama islam yang sudah termaktub dalam perlembagaan Malaysia dan telah dipersetujui oleh semua kaum kat Malaysia,itulah yang pernah aku baca.Kalau terbukti sila nyatakan supaya semua rakyat boleh tengok,dulu
pernah juga timbul isu yang seakan sama,bagaimana kalau Pakatan Rakyat,khususnya Pas yang akan memerintah Malaysia maka Pas akan jalankan hukum huduk,maka tersinggung lah perasaan parti yang menganggotai pakatan rakyat khusunya DAP,sedangkan itu baru diperingkat perbincangan,dan suasananya menjadi tegang seketika.

Aku menjadi orang pertama yang akan bangkang dan berjuang kalau benar DAP nak jadikan agama kristian sebagai agama rasmi kat Malaysia dan bukan aku sorang malah ramai lagi.Suasana kat Malaysia sekarang sudah tidak setenang dahulu,ada sahaja isu dan persoalan yang dibangkitkan lepas satu,satu keluar sampai rakyat pun dah naik mual.Kita sudah lama merdeka seharusnya berfikirlah secara rasional dan bijak bila mempersoalkan sesuatu isu yang sensitif seperti ini kerana boleh membangitkan perasaan marah dan permusuhan diantara kaum,.mahukah kenteteraman yang dikecapi sekarang di cabuli dan tentu sekali tidak.
Semua orang tahu tentang perlembagaan Malaysia,tentang hak orang melayu dan agama islam adalah agama rasmi bagi Malaysia.

Baca petikan ini


Pada Mac 1956 satu Suruhanjaya Perlembagaan diketuai Lord Reid telah ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses rundingcara itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan, yang disebut sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak ansur demi kepentingan bersama serta persetujuan menghormati hak-hak orang lain, menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam, kedudukan bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31 Ogos 1957.

Tidak cukupkah lagi dengan isu yang ada sekarang, fikirkan bagaimana nak ringankan bebanan kenaikkan harga barang,bagaimana nak kurangkan gejala sosial,korapsi dan memajukan rakyat supaya boleh hidup sama rata tanpa mengira darjat.Seharusnya kita mengambil iktibar dengan kejadian yang menimpa Jepun,pergolakkan diMesir,dahulunya mereka pernah kecapi keamanan tapi sekarang bagaimana kesudahannya...haru-biru.

Kenyataan Lim Guan Eng dari blog PRO BN :

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menafikan pembabitan parti itu dengan sebarang agenda untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi negara, sekali gus melantik Perdana Menteri daripada kalangan penganut agama itu.Lim Guan Eng,yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan bahawa DAP mendukung Perlembagaan Persekutuan termasuk memperakui Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.Beliau berkata dakwaan DAP ingin mewujudkan negara Kristian adalah fitnah dan berniat jahat.Betul ker semua ini fitnah ??? kalau bagi derma guna duit judi tu tak fitnah atau tidak ??? UTUSAN ???

"Saya ingin mengulangi pendirian DAP.kita dukung Perlembagaan Persekutuan yang kita buat secara hitam putih. (Kita) sudah tandatangani semua dokumen bahawa kita sokong Perlembagaan Persekutuan, Islam adalah agama Persekutuan Malaysia," katanya.

BERNAMA melaporkan laporan polis terus dibuat terhadap Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi yang didakwa terlibat dalam satu pertemuan antara paderi-paderi dari seluruh negara di sebuah hotel di Jalan Macalister,Khamis lepas.Enam laporan polis dibuat oleh Pemuda Umno Tanjung,Jelutong,Bayan Baru,Bukit Gelugor,Balik Pulau dan Bukit Mertajam itu dibuat di Balai Polis Jalan Patani kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Selain itu,satu lagi laporan polis dibuat oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Shaik Hussein Mydin di balai polis yang sama terhadap Lim berhubung kenyataannya dalam laporan akhbar yang mendakwa Umno dan Barisan Nasional sengaja menimbulkan isu berkenaan.
 

KITA LIHAT APA KESUDAHANNYA ISU INI.. Dan kita lihat seramai mana orang melayu islam
yang sudah murtad dalam keadaan islam sebagai agama rasmi Malaysia.......

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...