KUALA LUMPUR: Bukan saja biadab, empat Awang Hitam yang mengganggu isteri orang turut mengugut mahu membelasah suami mangsa yang datang bertanyakan suspek mengenai tindakan warga asing berkenaan yang bertindak luar batasan.
Kejadian bermula kira-kira jam 7 malam semalam apabila suri rumah membawa anak-anaknya bermain di taman permainan di Jalan 3/7, Taman Wangsa Permai, Kepong diganggu empat warga asing terbabit yang cuba menggoda mangsa selain mengeluarkan kata-kata lucah.
Wanita terbabit yang ketakutan pulang bersama anak-anaknya sebelum menceritakan kejadian kepada suaminya.
Harian Metro difahamkan, suami mangsa yang tidak tahan dengan tindakan empat suspek itu pergi ke taman permainan berkenaan untuk berbincang dengan suspek yang cuba mengganggu isterinya.
Difahamkan, sebaik tiba di taman permainan itu, kumpulan warga asing terbabit mengugut mangsa mahu membelasahnya menyebabkan penduduk di kawasan terbabit yang sudah muak dengan kekecohan Awang Hitam yang mendiami kawasan berkenaan keluar beramai-ramai.
Apabila melihat kehadiran penduduk setempat yang ramai, kumpulan warga asing terbabit semakin kurang ajar dengan mencabar penduduk bertumbuk dengan mereka.
Difahamkan, penduduk yang marah menghalau kumpulan berkenaan beredar dari kawasan itu, bagaimanapun semua suspek enggan menyebabkan berlaku pergelutan antara mereka.
Akibat pergelutan itu, kira-kira 30 penduduk yang berang dengan tindakan biadap warga asing berkenaan membelasah suspek hingga lembik.Harian Metro-
INI KES TERDAHULU

PETALING JAYA - Tiga lelaki warga Afrika sempat dibelasah penduduk apartmen Flora Damansara, Damansara Perdana di sini selepas didakwa memperkosa seorang pelajar kolej swasta di tingkat sembilan apartmen tersebut malam kelmarin. Ketiga-tiga Awang Hitam itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan parah ketika bergelut dengan penduduk untuk melarikan diri. Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk apartmen tersebut, Abdul Hakim Abdul Wahab, beberapa penduduk yang menyedari kejadian tersebut pada pukul 11.30 malam bertindak pergi ke rumah suspek dan melihat mangsa sedang menangis. "Mangsa dijumpai dalam keadaan tidak berbaju di rumah tersebut dan memberitahu dia telah dirogol sebanyak tiga kali."Ketiga-tiga suspek yang takut dengan kehadiran penduduk cuba melarikan diri tetapi sempat dikepung sebelum berlaku pergelutan dengan penduduk dalam usaha menangkap mereka," ceritanya. |
2 comments:
Perkara biadab memang patut di balas dengan biadab juga
Begitulah gayanya kalau dah tak tau adab...
Post a Comment