Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday, 27 May 2011

PARAH NYA MELAYU ISLAM KU

KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk
menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan
permohonan berkenaan.


Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.
Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.



Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.


4 comments:

Unknown said...

terok nye..ish3

Blogger said...

Kita mengundang bala dari Allah.Mengapa begitu teruk kefahaman orang islam tentang dosa pahala dan pihak kerajaan seharusnya tidak melayan persoalan sebegitu,mana undang-undang untuk menyekat orang islam dari berbuat perkara yang
menyimpang jauh dari syariat.

Abam Kie said...

salam, beginilah dunia akhir zaman...abe dah folo blog adik...tq sbb folo blog abe dulu...saalam ukhwah...

zukidin.blogspot.com

Blogger said...

Nauzubillah memang teruk dan menakutkan.Apakah peruntukan undang-undang yang sedia ada dapat membendung orang islam dari berbuat perkara yang lebih parah, apakah keputusanya nanti juga akan bertambah parah dan mengecewakan seluruh orang islam....tungguuuuuu...

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...