ALOR GAJAH: Kewujudan sebuah restoran dalam ladang ternakan di atas bukit di Lubok Cina di sini yang menyediakan kemudahan karaoke menimbulkan gangguan kepada penduduk kampung berhampiran kerana
ia kini menjadi ‘kelab dangdut rimba’ dan bukan lagi restoran berkonsepkan keluarga.
Premis itu yang terletak agak tersembunyi dengan lokasinya hampir dua kilometer dari jalan utama menjadi tumpuan bukan saja golongan muda tetapi juga warga emas untuk berdangdut di bawah cahaya lampu samar-samar.
Difahamkan, premis itu beroperasi menggunakan lesen perniagaan kedai makan dan karaoke, namun pada masa sama pengusahanya menyediakan kemudahan kepada pelanggan untuk menari dangdut sehingga lewat pagi sebagai daya tarikan.
Tinjauan Harian Metro mendapati, berikutan lokasinya jauh di dalam ladang, pelanggan termasuk dari luar negeri ini perlu menyusuri laluan gelap ladang kelapa sawit sebelum sampai ke situ.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan (JKKK) Kampung Titian Bitanggor, Ahmad Bakar berkata, ketika mula dibuka dulu, premis berkenaan beroperasi sebagai tempat hiburan berkonsepkan keluarga.
-HARIANMETRO-
.
No comments:
Post a Comment