Seorang tukang kayu dari Poland yang bernama Slawomir Weremkovicz yang berusia 59 tahun adalah satu-satunya manusia mencipta basikal dari kayu.Seorang pengukir kayu dari Biala Podlaska berkata Slawomir
pernah menyatakan hasratnya ingin menjadi seorang yang terkenal dan memikirkan apa yang dapat dibuatnya dari kayu.Ternyata dia telah berjaya menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di alam ini iaitu kayu.Dengan kepandaian yang telah di anugerah oleh Allah dia dapat membentuk bahagian(part) tertentu pada badan dan bahagian tertentu sehingga berjaya terciptanya sebuah basikal.
Pada bahagian tempat duduk,pemegang(handle),pedal dan rantai diperbuat dari kayu oak,ash,beech dan papan lapis.Yang uniknya basikal ni tak menggunakan skru,ia menggunakan hirisan kayu yang dipanggil pasak.Untuk membuat sesebuah basikal memakan masa yang bertahun-tahun lamanya.Hasil kerja tangan Slawomir telah diletakkan disebuah Muzium di Poland,salah satu rekaannya telah dijadikan hadiah untuk kedutaan Neitherlands.Pada masa lapang Slawomir akan mengayuh basikal rekaannya bersendirian.
No comments:
Post a Comment