Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna jika dibandingkan dengan yang lain.Secara jujurnya aku ingin nyatakan bahawa dalam anggota badan manusia ada dua bahagian yang amat berbisa dan
boleh merosakkan diri sendiri dan orang lain.Kita tentu perasaan apakah bahagian badan itu,ia boleh dibuat apa sajadigulung,dilipat dan boleh menoleh kiri dan kanan.Tahukah anda apakah bahagian itu dan mengapa ia berbisa.

Lidah dan kemaluan adalah dua anggota badan yang boleh mendatangkan kecelakaan pada diri dan orang lain.Lidah itu lebih bisa dari mata pedang.Lidah memainkan peranan yang penting dalam pertuturan tanpa lidah manusia tak boleh bertutur dengan baik.Mulut hanya sekadar objek luaran,tapi lidahlah yang memainkan peranan
bila kita bercakap.Benda yang tak bertulang ini susah untuk kita mempercayai atau memang susah untuk dijaga,orang juga selalu berkata "lidah itu tidak bertulang dan mudah mempermainkan kata-kata".Kerana dua anggota itu manusia mudah untuk ke neraka.
Manusia yang tak menjaga kata-kata ialah manusia yang suka mengumpat,mengfitnah dan melaga-lagakan antara
satu sama lain.Mereka bijak bermain dengan kata-kata "berputar-putar lidah membelitkan kata-kata" dan kerana kelemahan yang ada pada manusia menyebabkan orang mudah terpukau dan terpedaya, maka timbulah ungkapan moden "Tipah tertipu lagi" tapi bukan Tipah sahaja...semua orang boleh tertipu.Inilah bisanya kesan dari putaran lidah.
Kemaluan juga tidah bertulang dan bisa sebisanya,kerana manusia tak pandai menggunakan dengan betul,manusia boleh menjadi rosak dan boleh merosakkna anak bini orang,begitulah hebatnya "objek" yang tak bertulang,lebih bisa dari yang bertulang.
Rasulullah bersabda: “Siapa yang beriman Kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah ia mengatakan yang baik atau diam.” ( Hadist riwayat Bukhari dan Muslim ).Dari hadis ini maka terang dan nyata bagaimana pentingnya untuk kita mengatakan sesuatu yang baik dan tidak berdusta.Manusia boleh kesyurga hanya dengan kerana mulut dan kemaluan,yakni bila kita tahu menjaganya tapi sebaliknya ianya juga
boleh menarik kita ke neraka bila mulut dan kemaluan disalahgunakan.Rasulullah mengatakan barang siapa yang dapat menjaga lidah dan kemaluannya dijamin masuk kesyurga...begitulah hebatnya dari dua anggota ini
kepada kita dan bagaimana ia begitu penting kepada manusia....

No comments:
Post a Comment