Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Sunday, 8 May 2011

MASJID BUKAN TEMPAT WAJAR LUAH PERASAAN MARAH-JAMIL KHIR


SEPANG - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini berkata perbuatan menjadikan masjid sebagai tempat berhimpun untuk meluahkan rasa marah bagi tujuan politik adalah tidak wajar.


Ini kerana kata beliau, ada etika dan peraturan yang perlu dihormati dan dipatuhi ketika berada di rumah ibadat orang Islam itu.

"Apa-apa perhimpunan pun janganlah berbau politik (kerana) dalam masjid, sebab kalau menggunakan nama pelbagai tetapi atas sifat bagi tujuan berbau politik, sama jugalah kan," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau diminta mengulas mengenai dakwaan perhimpunan besar-besaran akan diadakan di Masjid Negara hari ini, yang dikatakan menjadi medan untuk rakyat meluahkan rasa marah dan tidak puas hati dalam banyak perkara.

Perhimpunan itu juga dikatakan untuk mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengambil tindakan terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah, yang melakukan sumpah laknat pada Jumaat lepas berhubung rakaman video seks yang pelakunya dikatakan mirip seorang pemimpin pembangkang.

Mengulas perkara itu, Jamil Khir berkata isu tersebut tidak sewajarnya dibebankan kepada Jawi tetapi diserahkan kepada polis dan pendakwa raya untuk menyiasat dan mengambil tindakan.

"Seperti kebiasaan, sebelum sesuatu tindakan diambil, ia akan diuruskan oleh pihak penguatkuasa yang akan melakukan kajian dan penelitian.

"Selepas proses tersebut, ia akan diserahkan kepada pihak pendakwa raya yang akan melihat kekuatan kes sebelum dibawa ke Mahkamah Syariah. Saya rasa jika hendak diserahkan kepada Jawi, ini tanggapan yang salah," katanya. -Bernama
"JAMIL,JAMIL,KUSANGKA DUA RUPANYA TIGA - MADU TIGA"

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...