Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 6 May 2011

TAMPIL RINGKAS TAPI MENYERLAH

Kalau dulu-dulu orang yang pakai kain koyak atau terbelah ni orang miskin,pakai kain pun kena gilir-gilir.Tapi itu dulu,dulu lain sekarang lain,masa merubah segalanya.Dunia akhir zaman orang kaya dan berada dah berubah
selera(bukan semua),kena pula artis yang nak glamour katanya,selak sana,selak sini,terkangkang sana dan tersengih sini,ikut suka hati dia jer,macam dah tak ada agama.

                                              Amat malang pakaian orang islam hari ini...

Tampil ringkas tapi menyerlah,dan terserlahlah keayuanmu tanpa mengira dosa dan pahala.Trend terkini remaja la ni suka pakai pakaian yang kononnya ringkas,maka kalau dah ringkas maknanya ala kadar lah.Pernakah kita mendengar ungkapan "berpakaian tapi telanjang",agak janggal bunyinya bila orang berpakaian tapi telanjang.Islam amat menitik beratkan soal berpakaian pada penganutnya,tapi kita banyak songeh,tak maju lah,apa-apalah..soal berpakaian adalah hak individu,begitu lah kenyataan bangang dan dungu dari mereka yang kononnya menjaga hak-hak wanita.

Kerajaan Negeri Kelantan telah mengorak langkah dan sekali gus cuba untuk mendidik rakyat Kelantan supaya menutup aurat.MPKB-BRI telah diberi tugasan pemantauan dan menasihati mana-mana individu yang gagal menutup aurat dibawah garis panduan yang telah diberikan.Pada kesalahan yang berulangan individu tersebut akan didenda.Terdetik rasanya bila diperlakukan begitu tapi kerana kewajiban setiap pemerintah untuk memastikan syariat atau undang-undang dari Allah diterapkan walaupun pahit rasanya.

Semakin hari dunia semakin maju dan kita tertipu dengan agenda-agenda dari barat dan Yahudi dan ejen-ejennya.Mereka menggunakan media masa atau elektronik untuk merosakakan nilai beragama dan berpakaian melalui filem dan majalah-majalah yang di import dan dalaman yang setanding dengan budaya barat.Kita boleh lihat betapa ramainya remaja islam yang berbogel dan separuh bogel menjadi santapan mata dan menambah dosa orang yang melihatnya.Begitu rapuhnya keimanan orang islam hari ini sehingga mudah ditipu.Ramai remaja islam hari ini menjadi model kerana mengejar glamour,kemanakah hilangnya rasa keislaman kedua ibubapa mereka sehingga sanggup melihat aurat anak-anak mereka dijadikan santapan.
                                                Sanggupkah kita melihat kalau ini anak kita

Kita boleh menilai bagaimana rosaknya akhlak anak muda hari ini dan kita bandingkan dengan mereka dibarat
mana yang lebih hebat,rasanya kita yang paling hebat sebab rata-rata yang melakukan adalah orang islam.Mereka sudah terlalu jauh terlanjur dan seharusnya dibendung jangan dibiarkan,kerana akan menjadi ikutan dihari mendatang oleh generasi baru.Biarkan anak-anak orang barat sahaja yang telanjang jangan anak-anak kita.
Majalah tempatan.

Majalah luar negara

Sesungguhnya kehidupan secara islam itu adalah yang terbaik tapi mengapa kita tidak menjadikan ianya sebagai kehidupan kita semua,tapi kita sanggup meninggalkannya mencari penghidupan baru yang lebih sesat dan amat menyesatkan,kembalikan zaman kegemilangan islam supaya umat islam bertambah kuat dan di
segani.
 Penafian:Segala gambar yang dipamerkan bukan untuk mengaibkan sesiapa,ianya sebagai renungan 
                 dan iktibar bersama dalam penghanghayatan nilai-nilai islam yang sebenarnya....




No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...