Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 12 May 2011

AHLI POLITIK SINGAPURA BERUNDUR BILA KALAH,AHLI POLITIK MALAYSIA LAIN PULA CERITANYA


Saya menghormati sikap ahli politik Singapura yang kalah pada pilihan raya republik itu baru-baru ini yang bukan sahaja menerima kekalahannya dengan tenang tetapi mengambil keputusan untuk terus bersara daripada politik.
Brig-Jen George Yeo, Menteri Luar Singapura dan salah seorang yang pernah disebut-sebut sebagai calon Perdana Menteri republik itu, gagal mempertahan kerusi GRC Aljunied yang diwakilinya.
Kekalahan beliau dan rakan-rakan GRCnya adalah yang pertama membabitkan seorang menteri kanan dan turut memeranjatkan kepimpinan PAP yang memerintah. Sebelum memegang portfolio Kementerian Luar, beliau menerajui Kementerian Penerangan dan Kebudayaan.
Mantan panglima tentera Singapura itu dilihat sebagai seorang 'gentleman' dalam politik Singapura dan ada ketikanya dikatakan mampu menggugat kedudukan PM Lee Hsien Loong. Mungkin itulah antara sebab kenapa Lee Kuan Yew enggan bersara kerana dia mahu mempertahankan kedudukan anaknya itu.
Tindakan BG Yeo bersara daripada politik melambangkan sikapnya yang tegas menerima penghakiman rakyat atau pengundi. Jika rakyat sudah tidak menerimanya, maka diapun berundur sebagai tanda menghormati kehendak rakyat.
Sebaliknya di Malaysia, ahli politik yang kalah pada pilihan raya atau pemilihan parti, amat sukar untuk berundur apatah lagi bersara terus daripada politik. Ia seolah-olah harta warisan yang tidak boleh dilepakan ke tangan orang lain.
Mereka akan menunggu peluang untuk dilantik sebagai Senator atau pengerusi mana-mana agensi, syarikat berkaitan kerajaan atau badan-badan berkanun seperti MARA, RISDA, FELDA, PERDA, KEDA, MADA, KADA, DARA, PETRONAS, SIME DARBY, FINAS, MAS dan banyak lagi.
Perkataan bersara atau berundur tidak berada dalam perbendaharaan kata mereka. Yang ada hanyalah 'habuan, habuan dan habuan' untuk meneruskan keselesaan hidup yang dinikmati menerusi kegiatan politik.
Sebab itulah saya hormati sikap BG George Yeo yang terus bersara apabila kalah pada pilihan raya. Sikap sedemikian tiada pada ahli-ahli politik 'cari makan' di Malaysia


Dipetik daripada blog Syed Imran

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...