Perkongsian dalam perkahwinan bukan sahaja berkongsi wang ringgit dan fizikal malah dalam segala hal.Walaupun begitu,adalah penting pasangan itu mengekalkan dirinya.Hormat pada isteri bukan bermaksud dayus tetapi mengiktiraf kehendak pasangan ,harapan dan impian yang menjadi haknya.Pasangan tidak perlu
mengubah dirinya atau membuang sesuatu yang menjadi tabiat semula jadinya cara penghidupan yang tak bercanggah dengan syariat atau kemanusiaan.
Apabila isteri dihormati maka akan bertambah darjat atau harga diri,hubungan akan menjadi lebih mesra dan erat.Jika suami tidak menghormati kehendak isteri(yang tidak bercanggah dengan syariat) lama-kelamaan akan tertutup perasaan dan kasih sayang terhadap suami.Salah satu tanda isteri kehilangan rasa hormat terhadap suami adalah kurangnya minat terhadap sex.
Secara semulajadi,wanita akan merasa tinggi darjatnya apabila ia dihormati,disayangi,dihargai,dijaga dan difahami.Dia akan merasa lebih Feminin.Kuasanya sebagai seorang wanita ini akan mendorongnya menjadi lebih berjaya apabila disatukan dengan kuasa maskulin yang ada di dalam dirinya.Mulai sekarang renungkanlah perhubungan anda suami isteri.Kemungkinan ada rongga-rongga kecacatan yang harus diperbaiki.Belajarlah menguratnya semula dengan menyempurnakan kehendanknya.
ISTERIKU SUNGGUH LUAR BIASA BAIKNYA
kebanyakkan suami tidak lagi rasa perlu menjaga statusnya sebagai seorang lelaki yang hebat yang pertama kali ditemui oleh isterinya.Dia tidak perlu lagi menjaga kata-katanya,kebersihanya,sopan santunnya dan tidak perlu lagi mengemas diri.Malah ada perkara yang membosankan atau melemaskan isteri yang terpaksa dihadapi dengan sabar.Walaupun suami tidak memperbaiki dirinya tapi kasih sayang isteri tidak pernah berubah tapi akan menjadi lebih bermakna jika suami dapat memperbaikinya.Jika anda seorang suami yang sempurna maka anda akan merasa alangkah baiknya isteriku kasihnya tidak pernah berubah walaupun aku kini telah berubah.
Semua wanita apabila melangkah ke gerbang perkahwinan,hatinya berbunga-bunga untuk melakukan perkara yang terbaik untuk suaminya.Dia berazam untuk menjadi isteri yang baik dan menyenangkan suami.Alangkah bertuah bagi seorang isteri apabila segala kebaikannya mendapat pengiktirafan dari suami,pujilah isteri kita kerana boleh menyenangkan hatinya.Ketahuilah kelemahan suami turut menjadi penghalang kepadanya untuk berhidmat dengan baik.Apakah kelemahan itu...
KEKASIH LAMA
Apakah sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh suami bila menceritakan bekas kekasihnya,tentang kecantikannya,kebaikannya dan segala-galanya,mungkin bagi isteri seolah-olah cuba membandingkan dengan dirinya,atau kehebatannya selalu bertukar pasangan kerana kekacakannya,hilang satu dapat satu,ini satu mesej yang bahaya untuk isteri.Cerita lama tentang kehebatan suami mungkin menawarkan hati isteri sekiranya dia membuat interprestasi negatif.Si isteri gembira bila suaminya menyanyikan sebuah lagu romantik,kerana menyangka lagu itu ada kena-mengena dengan dirinya tetapi sangkaannya meleset rupa-rupanya ada kena mengena dengan kekasih pertamanya.Perasaan isteri hancur berkecai.Secara tidak langsung isteri boleh membaca peribadi suami yang kurang baik dan ini merendahkan mertabat lelaki atau suami di mata isteri yang selama ini di hormati.
SUAMI KUAT BERLETER
Satu sikap yang melemaskan isteri kerana kebiasaan sifat ini ada pada perempuan.Tahukah anda sifat ini ada pada segelintir suami.Jika ingin menyuruh isteri berbuat sesuatu katakan dengan baik "tolong bagi makan burung abang yang"kebetulan suami minat pada burung dan tak sempat nak bagi makan,jadi suruh isteri yang lakukan."Engkau ni membuta kerjanya tak ada kerja lain ke..pot..pet..pot..pet"ini adalah contoh ungkapan yang salah yang boleh menguris hati isteri.Sepatutnya kita ambil tahu kenapa isteri kita berkeadaan sedimikian bukan main redah tak tentu hala.Kata-kata yang menyakitkan hati isteri tidak boleh mendatangkan faedah tapi
kadang-kala suami harus menasihati isterinya tapi dengan kata-kata yang baik.Kalau suami kuat berleter lama-kelamaan akan terhakis sifat hormat dan kasih sayang terhadap suami.
KEBERSIHAN
Sifat pengotor amat dibenci oleh wanita yang bergelar isteri namun terdapat juga pasangan hanya tahu menjaga kebersihan pada pakaian sahaja tapi dalam rumah dia...Ya Allah tuhan saja yang mengetahuinya.Ada suami yang tak berapa kisah pada kebersihan contohnya bau badan,bau badan yang tengik dan hapak menyebabkan sukar untuk didekati oleh isteri dan sekali gus membantuk selera sex.Begitu juga bau mulut akan menjauhkan diri isteri untuk berbual-bual.Ada isteri yang baik akan menerima apa saja keadaan suami.Isteri begini tidak akan menyatakan segala kekurangan suami.Sifat ego suami akan menjadi lebih sukar bila dia sukar untuk menerima segala kekurangan pada dirinya.Wahai suami gosok lah gigi,bila mandi gunakanlah sabun dan gunakan minyak wangi bukan apa kebersihan adalah tuntutan agama,bau yang wangi boleh menambah keghairahan hubungan suami isteri.

No comments:
Post a Comment