Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Saturday, 26 March 2011

GEMPA BUMI DI MYANMAR-75 TERKORBAN


YANGON: Sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh dan beratus-ratus penduduk hilang tempat tinggal selepas gempa bumi melanda Myanmar lewat kelmarin.
Pekerja bantuan berkata, ia mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum jumlah kerosakan sebenar dapat diketahui.


Gempa bumi sekuat 6.8 magnitud itu turut dirasakan sehingga ke Bangkok, kira-kira 800 kilometer dari pusat gempa, Hanoi dan sebahagian dari China.

Bangunan berhampiran pusat gempa runtuh sementara penduduk di seluruh wilayah berkenaan yang ketakutan meninggalkan kediaman masing-masing apabila gegaran selepas gempa berterusan semalam.

Stesen televisyen Myanmar mengesahkan seramai 74 orang mati dan 111 cedera.

Hampir 400 rumah di empat kampung dan bandar berhampiran pusat gempa ranap.
Dalam pada itu, sembilan pejabat kerajaan di bandar Tarlay, antara kawasan paling teruk terjejas, rosak teruk.

Beberapa kuil di sekitar kawasan itu juga runtuh.“Kami berusaha menjejaki kawasan pedalaman,” kata seorang pegawai.

Polis, tentera dan pihak berkuasa tempatan berusaha mencari mereka yang cedera di kawasan terjejas tetapi jalan raya masih ditutup.

Di seberang sempadan, pihak berkuasa Thai berkata, seorang wanita berusia 52 tahun terbunuh di daerah Mae Sai selepas tembok rumahnya runtuh.
Enam belas orang, termasuk tujuh warga Myanmar dan lima rakyat China cedera.
Di Yangon, Pengarah Badan Kebajikan Wawasan Dunia, Chris Herink berkata, jumlah korban terus meningkat.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan memandangkan ia terlalu jauh ke darat untuk menjana gelombang besar di lautan Hindi. - Reuters.
HARIAN METRO


No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...