Selamat bercuti aku ucapkan pada semua yang bercuti,ibu guru dan bapak guru khasnya sebabnya ini cuti persekolahan penggal pertama kalau tak silap.Musim cuti begini ramai yang mengambil peluang untuk balik kampung,selamat balik kampong aku ucapkan pada korang,pandu kenderaan dengan cermat dan berhemah apa orang kata "biar sampai asal
selamat".Aku juga tak ketinggalan untuk balik kampong,kampong isteri aku kat Tumpat.Kat Kelantan kalau musim cuti begini ada la kerja nak dibuatnya,kerja kahwin, jadi aku pun turut menjadi penyibuk sama.
Cuti sekolah ni adik ipar aku yang kahwin,adik ipar aku tu lelaki Mohd Muhaimi namanya rupa boleh tahan juga tapi "cekeding" sikit.Korang semua mungkin tertanya-tanya tajuk entry aku kali ni "berlaga pusat".Sekalian manusia kat muka bumi ni kalau dah kahwin dah jadi hubungan suami -isteri yang sah,jadi mereka boleh la tidur sama,kalau dah tidur pada sebelah malam tu faham-faham ler takkan korang tak tahu,kan semua pengantin mengalami saat-saat manis macam tu,jadi pusat sama pusat mesti berlaga daa.. dan secara ringkasnya macamtu la citernya.
Perkahwinan(majlis akad nikah) dilakukan pada ,hari Khamis malam Jumaat kat Masjid Kampong Laut sebab calon isterinya warga Kampong Laut.Pada malam tu ada sedikit kekalutan sebab sepatutnya majlis dilakukan selepas sembahyang Isyak tapi Tuan Iman tu ada majlis ilmu kat Masjid lain maka terpaksa la kami menunggu,tunggu punya tunggu tak datang juga Tuan Imam jadi terpaksa hantar orang menjemputnya,rupa-rupa terlupa pula Tuan Iman jadi lewat sedikit jadi tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.
Pada keesokkan hari (Jumaat) satu lagi majlis,majlis berarak kerumah pengantin perempuan majlis ni orang kelantan panggil "belarok".Lebih kurang pukul 3 petang kami pun bertolak.Kami pergi seramai lebih kurang 40 orang,perjalanan tak berapa lancar sebab banyak berhenti dan jalan pun bersimpang siur.Kami sampai lebih kurang pukul 4 petang,kedatangan rombongan kami disambut meriah dengan paluan kompang dan ada penari cilik pula,semua penari terdiri dari anak-anak kecil(perempuan).
Selepas paluan kompang berakhir tiba la pula majlis atau sesi fotografi,semua klik triger kamera tak kira lah yang amatur dan profesional berpeluh-peluh sipengantin dibuatnya tapi nasib baik cuaca petang tu mendung dan ada angin sepoi-sepoi bahasa.
Keberangkatan tiba Raja Sehari naik kepentas...oooppppps ..silap.. nak kerumah disambut meriah oleh keluarga sebelah pihak pengantin perempuan dan sekali lagi sesi fotografi diadakan...fuhhh!!!...lambat lagi la boleh makan, mungkin itulah yang terdetik didalam hati si pengantin tapi jap jer lepas tu semua turun makan termasuk aku.

No comments:
Post a Comment