Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Tuesday, 29 March 2011

MABUK,BERBOGEL DAN AKHIRNYA MEMBUNUH


SERDANG: Angkara menegur bapa yang dipercayai mabuk dan berbogel di depan rumah, seorang pekerja kilang berusia 20-an maut selepas ditikam orang tuanya itu dalam kejadian di rumah mereka di Bandar Sungai
Emas, Banting, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa dikenali sebagai Razak Kumar meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah ditikam di dada.
Difahamkan, bapa mangsa berusia lewat 40-an baru pulang ke rumah dalam keadaan mabuk sebelum bertindak menanggalkan pakaiannya menyebabkan mangsa menegur perbuatan bapanya itu.

Namun, padah menimpa apabila bapanya itu menikam Razak menggunakan pisau.Setakat ini, polis masih belum dapat mengesahkan dari mana suspek mendapat pisau berkenaan, malah senjata itu juga tidak ditemui di tempat kejadian.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, bapa mangsa naik berang sebaik ditegur lalu bertindak menikam dada anaknya itu dengan pisau.

“Akibat tikaman itu, mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian. Suspek yang menyedari kejadian itu bertindak melarikan diri. Kejadian itu hanya dimaklumkan orang awam kepada polis kira-kira jam 9 malam.

“Polis bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang, di sini semalam.

Menurutnya, Mohd Adnan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga bagi urusan pengebumian.

Beliau berkata, suspek yang melarikan diri ditangkap kira-kira jam 11 pagi semalam di sebuah stesen minyak di Teluk Panglima Garang, kira-kira 15 kilometer dari tempat kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Beliau berkata, suspek direman tujuh hari mulai semalam.

P/S:Bila akal gagal berfungsi kita bertindak diluar jangkauan,sebab itu islam mengharamkan arak dan bahan yang memabukkan dan inilah hikmahnya....

No comments:

Search This Blog

Loading...

Gadget

This content isn't available over encrypted connections yet.

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...