Bahasa jiwa bangsa,tiada kata secantik bahasa dan bahasa itu boleh juga membahasakan orang.Bahasa adalah pertuturan atau berkomunikasi,berhubung atara satu sama lain.Banyak orang banyak ragam,lain bangsa lain bahasa.Bahasa menunjukkan bangsa dan berbagai lagi moto dan slogannya.
Menurut Kamus Dewan, edisi keempat, bahasa didefinisikan sebagai sistem
Lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Ia berlaku diantara seorang individu dengan individu yang lain.
Yunus Maris dalam Kamus Fajar mendefinisikan bahasa sebagai tutur kata,
pertuturan, bunyi yang dituturkan oleh manusia menjadi perkataan, rangkai kata, ayat, apa-apa yang tertulis, adab dan budi pekerti. Beliau lebih menekankan tiga unsur utama, iaitu pertuturan yang terangkum di dalamnya bunyi, perkataan dan ayat, manuskrip atau bahan bertulis dan adab atau sopan santun.
"Guano demo" juga adalah bahasa iaitu dialek atau pertuturan orang kelantan yang bermaksud "awak apa hal" ia adalah bahasa yang agak kasar atau keras,ia diucapkan ketika marah.Lorat atau dialek adalah corak pertuturan sesuatu negeri tapi kalau "lorat dalam bahasa kelantan lain pula maksudnya.Lorat bererti "gaduh".apa benda pula "gaduh" ni?..."gaduh"bererti ingin cepat atau dalam keadaan yang kesuntukan masa.Kalau "gaduh" dalam bahasa pertuturan standard bermaksud berbalah,atau bergaduh.
Kata ganti nama diri pertama dalam bahasa kelantan ialah "ambo".Ambo ni singkatan dari perkataan hamba,sebagai atau menunjukan bahasa rendah diri bila bercakap dengan orang yang lebih tua atau yang kita hormati."Kawe" juga kata ganti nama diri pertama.Ia banyak digunakan bila bercakap dengan orang yang kita kenali secara rapat atau kenalan yang baik yang biasa kita berseloroh,jangan gunakan pada semua orang kerana boleh menimbulkan situasi yang tidak baik.Banyak lagi kalau nak diceritakan,"nakal"membawa maksud lucu atau kelakar tapi lain pula maksudnya bila kita bercakap dengan orang KL,ia bermaksud berperilaku yang tidak baik.Begitulah indahnya bahasa,lain padang lain belalang,lain orang lain pula percakapan.Belajar bahasa kelantan tak semudah yang disangka kerana banyak menggunakan "sabdu".Sebagai contoh kita buat satu ayat "ike make kkucing" bermaksud ikan telah dimakan oleh kucing,bila kita sebut "ike makan kucing" lain pula jadinya,ia bermaksud ikan makan kucing.Sabdu pada ayat itu ialah "kk"kita harus menebalkan seperti mana bila kita membaca al-quran "alhamdulillahirabbiaalamin" begitulah sebutan pada "kkucing" pada ayat tersebut.
Ike=ikan
Ambo,kawe=saya
Gu,saing=kawan atau rakan
Gappo=amende,apa benda
Lagu mano,guano=macam mana
Bekwah=kenduri
Nnapar=penampar
Nyepak=penyepak
Pitih=duit,wang
Samah=50sen
Teriak=menangis
cobek=cubit,pulas
nyo=kelapa

2 comments:
Musim cuti sekolah ni,banyak sungguh bekwah weh,tok tehenya sekali bekwoh kena bui rm10 ko tue rumah.kalu sebule ada sepuluh bekwoh mapuh kerah gu lawe haha
Maaf lamma xleh online line tenet rosak.
Nak buat guano bos,asal cuti jah bekwah,boleh selak kera la kadang2 tuh,tak gi takut ore kat pulok...
Post a Comment