
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan arahan supaya tiada logo parti dipamerkan pada kenderaan yang mengangkut pemilih ke pusat pembuangan undi esok.
Bagaimanapun, BN dan PAS masih boleh menggunakan pengenalan warna dengan menampal kertas bersaiz A4 padanya.
"BN warna biru dan PAS warna hijau. Pada lepas-lepas mereka menggunakan bendera dan logo. Kita dah bincang dengan polis. Itu dianggap berkempen," kata timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar.
Ditanya tentang logo 1Malaysia, beliau berkata, ia tiada masalah kerana bukan logo parti.
"Apa juga lambang lain tiada masalah," tambahnya.
No comments:
Post a Comment