Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Monday, 14 March 2011

JANGAN SAMPAI KAMI MERAJUK-PETANI

PASIR PUTEH – Seramai 1,000 petani dari lima Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) berkumpul pekarangan pejabat Padi Beras Nasional (Bernas) semalam bagi menyerahkan memorandum bantahan pemotongan tinggi hasil jualan padi, musim ini.

Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, mereka berbuat demikian kerana tidak mahu agensi berkenaan terus menindas petani dengan membuat potongan yang tidak munasabah iaitu antara 28 hingga 30 peratus bagi setiap tan yang dijual oleh petani. 



“Jika dibandingkan dengan negeri lain, potongan padi di sini lebih tinggi dan ia sudah tentu membebankan petani walaupun pada masa yang sama mereka mendapat bantuan pelbagai insentif daripada kerajaan pusat seperti racun, upah membajak.

“Ini kerana hasil jualan padi yang diperoleh tidak seberapa apabila potongan yang dikenakan tinggi, ia langsung tidak membantu mereka meningkatkan taraf hidup,” katanya kepada mediaa ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada Ketua Bernas Wilayah Zon Timur, Ali Senik di pejabat Bernas, Padang Pak Amat di sini, semalam.

Perhimpunan aman penyerahan memorandum itu disertai Pengerusi Biro Tugas-tugas Khas UMNO Bahagian Pasir Puteh, Hashim Ismail; wakil Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Zawawi yang juga Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, berkata, setakat ini petani mengalami kerugian kira-kira RM40 setiap tan padi yang dijual kepada Bernas.

Beliau berkata, sebagai sebuah agensi kerajaan, agensi tersebut perlu memainkan peranan ‘menang-menang’ dengan tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata.

Menurutnya, memorandum tersebut meminta pihak berkenaan agar bertimbang rasa dengan mengurangkan pemotongan supaya tidak melebihi 20 peratus setiap tan.

“Hanya dengan cara ini para petani dapat menikmati hasil tuaian mereka dengan baik dan sekiranya potongan masih tinggi, apalah yang dapat mereka rasai sedangkan modal untuk membuat padi itu sendiri sudah tinggi,” katanya.

Sementara itu, Ali berkata, bantahan itu diterima dan akan disampaikan kepada pihak pengurusan tertinggi Bernas untuk dipertimbangkan.

Beliau berkata, dalam masa terdekat ini pihaknya akan mengadakan majlis dialog bersama-sama dengan petani berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang sedang dihadapi itu.

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...