KOTA BHARU - Gara-gara cemburu, seorang pendikir cedera selepas nyaris ditetak isteri pertamanya dengan menggunakan sebilah parang dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Senang, dekat sini pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun bergelut dengan isteri pertamanya itu selama 15 minit selepas isterinya menendang pintu sebelum menyerangnya.
Amukan wanita berusia 31 tahun itu yang juga seorang guru Fardu Ain dari Kampung Jejulok Banggu, Binjai itu menyebabkan ibu mertua suaminya cedera di tangan sebelah kiri selepas terkena parang dilibasnya ketika bergelut dengan mangsa.
Mangsa berkata, akibat pergelutan itu lengan, muka cedera akibat digigit serta diserang isteri tuanya dan ketika itu isteri mudanya yang berusia 19 tahun juga berada di tempat kejadian.
“Selepas menendang pintu dia (isteri pertama) melulu masuk ke dalam bilik menyerang saya, dan saya bernasib baik kerana sempat menahan tangannya yang ketika itu memegang parang tersebut mahu menetak saya.
“Dalam pergelutan itu juga turut menyebabkan tangan ibu mertua saya cedera ketika cuba meleraikan kekecohan itu setelah menyedari kekecohan antara kami,” katanya ketika ditemui di Balai Islam semalam.
Hasil perkahwinan yang dibina sejak 10 tahun bersama isteri pertamanya itu mereka dianugerahkan lima cahaya mata berusia 10 tahun hingga lima bulan.
Bapa kepada lima anak itu juga bersyukur kerana isteri keduanya yang mengandung sebulan itu tidak mengalami kecederaan di dalam pergaduhan terbabit.
“Saya percaya dia sangat marahkan saya kerana sudah dua bulan tidak balik ke rumahnya dan perkara itu berlaku disebabkan ada campur tangan oleh keluarga isteri pertama saya menyebabkan mereka benci pada saya.
“Dia cemburu dan marahkan saya kerana semalam tanpa pengetahuannya, saya ke sekolah untuk berjumpa anak-anak, mungkin setelah mendapat tahu kepulangan saya dan tidak pulang ke rumahnya dia mencari saya dan mengamuk,” katanya.
Dia yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Lumpur itu juga memberitahu, pada tahun 2006 mereka pernah bercerai disebabkan sikap isterinya yang lokek dan rujuk semula setelah memikirkan tentang anak-anak.
Katanya, sebelum ini dia juga pernah menerima ugutan daripada isterinya yang seolah-olah akan mencederakannya jika berjumpa dengan anak-anak mereka.
“Akibat sikapnya yang keterlaluan itu saya juga pernah memberitahunya untuk berkahwin lain dan perkahwinan bersama isteri kedua saya ini direstuinya,” katanya.
Katanya, keadaan itu tidak terhenti di situ sahaja dan sikap lokeknya tetap mendinginkan hubungan rumah tangga dan dia terpaksa mengambil tindakan meninggalkan isteri pertamanya dan kes ini dirujuk ke Mahkamah Syariah Kota Bharu.
“Saya tidak akan memberi dia peluang lagi dan apa yang berlaku ini biar menjadi pedoman antara kami kerana apa yang saya mahukan (anak keempat) sudah berada di tangan saya,” katanya.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan polis jam 8.50 pagi semalam dan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.
SINAR HARIAN.
P/S:Berdekatan dengan kampung aku

No comments:
Post a Comment