Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 4 March 2011

BILA RAKYAT MERINTIH

"Kenaikkan harga tak membebankan rakyat" ungkapan dari bapak-bapak menteri kita,rakyat yang bagaimana tak membebankan,rakyat yang berpendapatan  tinggi  boleh la kalau nak kata macamni tapi kalau rakyat pengcaca macam aku dan spisis macam aku tak payah cakap la naik geli aku mendengarnya.







Bila rakyat merintih,sedutan dari akhbar Harian Metro(4hb. 03.2011) mari kita baca..

‘Susah nak cari makan’

KUALA LUMPUR: “Harga minyak naik, harga barang    pun naik, susah peniaga nak cari makan,” keluh peniaga burger, Asraf Ahmad, 24 berikutan kenaikan beberapa harga barang yang memberikan kesan kepada perniagaan yang diusahakannya di sini.
Katanya, harga sedozen roti burger yang dibelinya sebelum ini RM9, namun baru-baru ini ia naik sehingga RM12.80 sedozen.

“Selain itu, harga sos, mayonis dan kicap turut mengalami kenaikan,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Harian Metro di beberapa kawasan di sini mendapati beberapa barang kegunaan harian mengalami kenaikan harga, malah ada beberapa barang makanan utama mengalami peningkatan harga sehingga menyebabkan peniaga serba salah untuk menaikkan harga.

Kenaikan itu dakwa mereka kerana harga ditawarkan pemborong amat tinggi berbanding harga sebelumnya.

“Payah sebab kami nak jaga pelanggan, tapi harga daging naik pula,” kata Kamarulzaman Ghazali, 55, yang kini berada dalam dilema untuk menaikkan harga daging dalam pasaran.


Menurut Kamarulzaman, harga borong bagi sekilogram daging tempatan RM18 dan harga daging import antara RM12 hingga RM13, namun berlaku perubahan harga yang mendadak baru-baru ini.

“Harga baru kami terima dari pemborong semalam RM24.50 bermakna harga daging tempatan naik RM6.50,” katanya ketika ditemui di sini, semalam...


Ini adalah sebahagian yang dapat kita baca   mungkin ramai lagi  rungutanyang kita tak tahu dan tak dengar mungkin tiada liputan,namun ada juga segelintir penjual yang tamak mengambil kesempatan dengan kenaikkan harga barang sekarang dan bila ditanya alasannya kos pengangkutan terpaksa kerana bebanan kenaikkan bahan api,sekali fikir logik juga apa yang mamat tu cakap,tapi entahlah tak reti aku nak cakap.Pagi ni aku pergi ke pasar Kedai Lalat  dan aku beli la bawang merah RM2 , terkejut aku rasanya mahu la dekat 15 sen sebiji,
aku  tanya kat penjual tu  kenapa mahal, semua barang dah naik,beli kat pemborong pun dah mahal,nak tak nak kita kena jual lebih sikit dari harga dari biasa.



















No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...