Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Thursday 11 August 2011

MALAYSIA LAMBAKKAN PENDATANG,APA KESUDAHANNYA..


Kehadiran pendatang asing bebankan rakyat dan kerajaan 
KUALA LUMPU - Kehadiran pendatang asing tanpa izin di negara ini selain membebankan kerajaan daripada segi pengurusan dan kos, juga membawa kesan negatif kepada masyarakat tempatan daripada sudut sosial, kata seorang pakar sosial.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM), Profesor Madya Dr Mohamed Fadzil Che Din, berkata kedatangan pendatang asing tanpa izin membawa impak kepada kegiatan antisosial seperti jenayah termasuk yang serius.


Banyak kes pembunuhan, rompakan, pecah rumah dan mencuri membabitkan mereka dengan kes terbaru membabitkan penahanan lapan lelaki Bangladesh berhubung pembunuhan wanita Indonesia yang dikerat 15 bahagian di Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.


Turut dibunuh ialah anak lelaki wanita itu. Rumah-rumah urut pula menggunakan khidmat wanita warga asing dan apa yang membimbangkan ialah golongan belia sudah mula berjinak-jinak mengunjungi tempat ini.
"Golongan ini (pendatang asing tanpa izin juga terbabit dengan kegiatan kurang bermoral seperti meminta sedekah. Mereka juga membawa nilai agama dan bangsa yang kontroversial," kata Mohamed Fadzil kepada Bernama di sini hari ini.
Oleh itu, katanya, wajarlah kerajaan melaksanakan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin, dikenali sebagai 6P, yang bermula serentak di Semenanjung dan Sarawak sejak 1 Ogos lalu.
"Mereka juga membabitkan belanja untuk kos penahanan dan menghantar mereka pulang ke negara asal. Saya sangat bersetuju Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen Malaysia mengadakan program 6P yang sebahagian besar akan mengatasi masalah-masalah sosial ini," katanya.


Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri sehingga 8 Ogos, 1,548,798 Pati dan pekerja asing sah didaftar melalui program itu. - Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...