Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman: “Wahai Muhammad, ingatlah ketika datang pertolongan Allah dan kemenangan bagimu. Engkau menyaksikan manusia masuk Islam berbondong-bondong. Wahai Muhammad, karena itu bertasbihlah kamu untuk menyatakan syukur kepada Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh Tuhanmu sangat lapang dalam memberikan ampunan kepadamu.” (An Nashr, 110: 1-3)

KAWE_KAWE AMBO

Friday 19 August 2011

BERITA TERKINI-EMPAT TERMASUK WANITA ROMPAK KEDAI EMAS


GURUN 19 Ogos — Empat termasuk seorang wanita melarikan lima dulang barangan kemas dari sebuah kedai emas, di bandar baru Gurun di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Hashim Ali berkata dalam kejadian 11.40 pagi itu, kedai tersebut dikunjungi seorang wanita yang berpura-pura sebagai pelanggan.
"Dipercayai tiga lelaki bersenjata mengikut masuk selepas itu dan melepaskan dua das tembakan ke udara seeblum mengambil lima dulang emas dari dalam kotak pameran.
"Mereka kemudian melarikan diri ke arah dua buah kereta yang menunggu berdekatan kedai tersebut,” kata Hashim kepada pemberita di sini.
Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan butiran lanjut kejadian, namun katanya polis percaya kedai itu menjadi sasaran kerana tidak ada pengawal keselamatan dan kamera litar tertutup di premis terbabit.
Hashim berkata jumlah kerugian juga masih disiasat. — Bernama

No comments:

Search This Blog

Archives

PING BUSUK

APESAL TENGOK JER...